Wednesday, September 22, 2010

Aktiviti Mencerap Bintang Bersama Rakan V34

Berikutan fenomena planet musytari atau jupiter mengalami istiqbal pada 21/09/2010 kumpulan V34 sekali lagi mengambil peluang untuk mencerap planet tersebut dengan menggunakan segala peralatan yang ada.

Berita berkaitan planet musytari ini mula dibincangkan di frekuensi 145.425 mhz 2 hari sebelum fenomena sebenar. Oleh demikian, kami mula mencerap planet tersebut pada 20/09/2010 lagi. Tetapi malangnya dengan kekurangan pengetahuan dan pengalaman, planet tersebut gagal dikesan walaupun telah ada pada malam tersebut.

Walau bagaimanapun setelah membuat sedikit rujukan, justeru pada malam fenomena istiqbal tersebut akhirnya planet musytari dapat dilihat dengan mata kasar sahaja.

kelihatan ZTB mencuba teleskop yang didatangkan khas oleh 9W2PPG

yang ada...9W2PPG, 9W2WTY, SWAL-ZTB, 9W2ICQ

teropong...jangan tak teropong...


Pengalaman menarik dalam menyaksikan sistem suria kita yang jarang dipedulikan oleh orang ramai...jumpa lagi...73

Saturday, September 18, 2010

Kunjungan 9W2NMY pada bulan Syawal

Sementara cuti raya berbaki lagi...9W2NMY-Abang Nasrul dari Semenyeh mengambil kesempatan bercuti di Pulau Mutiara ini...apa lagi bila sudah masuk ke pulau ini pukat pun dilabuhkan...hasilnya beliau bersama keluarga dibawa ke rumah saya oleh rakan SWAL-ZTB.

dari kiri..ZTB, xyl ZTB, harmonic 9W2NMY, 9W2NMY, xyl beliau bersama harmonic


Jika bertandang lagi...jangan lupa CQ CQ di V34 atau local repeater dan singgah semula di teratak buruk saya ini....9W2BZI....clear.....73

Wednesday, September 15, 2010

Rakan Berbasikal V34: Kayuh sambil QSO

Kini komuniti V34 mengorak langkah menambah aktiviti hobi sampingan iaitu berbasikal sambil QSO di sekitar bandar Georgetown. Bermula dengan 9W2PPG dan diikuti oleh SWAL-SPG, kini bertambah kepada 5 station memiliki basikal termasuk SWAL-ZTB, 9W2SNM dan saya sendiri. Kami masih menunggu beberapa station lagi untuk membawa pulang basikal baru mereka bagi menyertai kumpulan ini.

Apa yang menariknya bagi kumpulan basikal V34 ini adalah membawa bersama-sama radio semasa membuat kayuhan. Sambil berkayuh dapat QSO, memudahkan komunikasi sesama rakan kayuhan.

ketika tiba di Bakau Street


radio tersangkut di handle basikal


ini...ZTB punya...


tamat sesi kayuhan...berehat di base station...

Apa lagi..amalkan gaya hidup sihat....tak perlu basikal mahal...yang penting kayuh....jom kayuh....73

Monday, September 13, 2010

Beraya di Kampung : 'Antenna Tidak Dilupakan'

Setelah sekian lama rasanya tidak membuat kemas kini di blog ini disebabkan QRL dengan sambutan raya ditambah pula dengan harmonic yang menduduki UPSR.

Ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, kami sekeluarga pulang beraya di kampung iaitu di negeri Perlis Indera Kayangan. Pelbagai biskut raya ditempah untuk dibawa pulang malah antenna radio tetap tidak dilupakan agar tidak terputus hubungan bersama rakan-rakan radio amatur semasa bercuti.

Berbekalkan antenna slim jim homebrew yang dibuat sehari sebelum pulang ke kampung ini sudah memadai untuk berhubung dengan rakan-rakan dan dapat mencapai pancar ulang Jerai dan Bukit Bendera.

Namun dengan kesibukan menyambut hari raya, radio kadang-kadang berbunyi sendirian tanpa dipedulikan ptt lagi. Lantaran kesibukan tersebut hanya sempat menyertai chat net malam raya di lokal repeater 9M4RHP bersama 9M2AMZ dan Transnasional Astra bersama 9W2IKU. Juga sesekali menyampuk di lokal repeater, transnasional dan bendera.

tinggi ni saja antenna...


ikat pada tiang buaian saja...


Kesempatan ini juga saya 9W2BZI bersama xyl 9W2WTY mengucapkan selamat hari raya dan mohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan ham terutamnya yang pernah melawat ke blog ini.