Sunday, October 10, 2010

'Hiking' ke Bukit Bendera

Tanggal 9 Oktober 2010 bersama dua orang rakan iaitu 9W2ICQ dan SWAL-SPG menuju ke kaki Bukit Bendera melalui Kebun Bunga, kami membuat 'hiking' ke puncak Bukit Bendera. Aktiviti ini bertujuan membuat persediaan fizikal kepada 9W2ICQ yang bakal menghadiri ujian kecergasan fizikal. Pendakian yang dilakukan ternyata agak sukar kerana mungkin kurang latihan dan persediaan.

Walau bagaimanpun banyak pengalaman dikutip melalui pendakian ini walaupun tidak mencapai sasaran ke puncak.

mula mendaki...

huh....boleh tahan...hari-hari mau kempis perut ni...


radio tetap bersama....

kena berhenti lagi.....huh...penat....

masih 'steady'....

pose menarik...

menuruni anak tangga ke Waterfall


antara flora yang menarik...

bersama 'tongkat hikmat'....

berehat sejenak...


air sebotol tongkat satu....jom...

rock climbing....

antara fauna yang menarik....

dia buat apa tu....tukang kacau betui....hehehe

mungkinkah Abg Pian bersama Abg Shahrul kita nak baiki paip bomba.....hehehe


Sehingga ketemu dilain aktiviti.....QRU...73

Thursday, October 7, 2010

Sekitar RAE Siri 3 2010

RAE kali ini hanya dapat hadir di akhir sesi sahaja kerana QRL dengan tugasan mengawas peperiksaan PMR. Apapun diharapkan semua calon-calon yang terlibat dalam RAE kali ini dapat menjawab dengan baik dan lulus dengan cemerlang.

antara yang masih ada di kawasan Kompleks Tabung Haji

masih dalam pakaian rasmi 'saltmine'



melaraskan radio SWAL-MFT



9M2SY pun dah bungkus barang-barang.....

pekena char koay teow....Tokong Ular


semoga sukses.....73

Bertemu YF5PLG - Pak Long dari Karimon

Bertempat di D'Klantan pada tanggal 6 Oktober tidak disangka dapat bertemu Pak Long dari Pulau Karimon. Tujuan asal adalah untuk bertemu Abang Alias 9W2ALS dari Johor Bahru.



PakLong memang mesra bila bertemu..begitu juga Abang Alias yang tidak lokek ilmunya untuk sama-sama berkongi ilmu bagi mengembangkan lagi pengetahuan berkaitan radio amatur.

Semoga bertemu lagi.....73

Monday, October 4, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Rakan Ham Kepala Batas

Selepas bertandang di Kulim bergegas pula ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri rakan ham Kepala Batas. Konsep buffet yang dihidangkan di Villa Pak Man ternyata tidak mengecewakan rakan-rakan ham yang bertandang ke majlis ini. Pelbagai juadah dihidangkan kepada tetamu dan jemputan.























































Terima kasih kepada rakan-rakan ham Kepala Batas yang sudi menjemput rakan luar lokalan untuk sama-sama memeriahkan majlis.....QRU...73