Rasanya lama sungguh tidak menyapu sawang dan mengemas di laman blog ini disebabkan QRL dengan pelbagai tugasan...sekembalinya ke laman ini adalah sedikit hidangan buat tatapan rakan-rakan ham yang sering mengunjungi ke sini.
Baru-baru ini tanggal 26 Mac 2010 (Sabtu) seramai 14 stesen berada di Pulau Aman bagi mengikuti program memancing sambil memanggang kambing di base 9W2MNP..
Namun begitu trip kali ini...ke Pulau Aman bersama Rakan Ham...DSLR tidak dibawa sebab hendak menumpukan kepada aktiviti memancing...antara yang hadir ialah 9W2MNP, 9W2SOB, 9W2MSD, 9W2HRR, 9W2DHL, 9W2FZ, 9W2PTO, 9W2MTO, 9W2ZPC, 9W2TGS, 9W2MFT, SWAL-PakTih, 9W2BZI, 9W2PDR (bersama famili pada hari akhir)....Aktiviti yang dijalankan antaranya: 1)panggang kambing, ayam,ikan, ketam, dan apa saja yang boleh dipanggang... 2)memukat.... 3)menjala... 4)memancing dari atas jeti... 5) memancing atas bot... 6)bersiar-siar di Pulau Aman.... 7)ish..ish banyak sangat aktiviti....pendek kata...siapa tak pi...rugi....
Gambar-gambar dibawah tidak mengikut kronologi kerana gabungan daripada hasil rakaman lensa rakan-rakan, antaranya daripada 9W2SPG. Namun demikian gambar-gambar ini dapat mengambarkan apa yang berlaku di Pulau Aman semasa rakan-rakan ham berkampung di sana.
Terima kasih kepada 9W2MNP yang menyediakan tempat dan segala kemudahan...9W2SOB..kambing bakar....dan yang mengusulkan segalanya dari awal lagi 9W2PTO...hingga ketemu lagi di lain aktiviti......73
No comments:
Post a Comment