Thursday, December 13, 2012

Antenna Cross Dipole

Sudah lama kiranya saya tidak mengemaskini laman blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dan sedikit kemahiran menyiapkan sejenis antenna 2 meter band iaitu 'Cross Dipole Antenna'. Tidak sukar untuk menyiapkannya hanya perlukan sedikit ketekunan dan masa disamping sedikit kos peralatan yang perlu dibeli. Antenna ini sesuai di bawa ketika "portable" atau ke mana-mana sahaja. Boleh diceraikan dan dipasang dengan cepat dan digantung di mana-mana mengikut kesesuaian.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Aluminium Rod
2. PVC End Cap
3. Skru
4. Cable RG58
5. Connector
6. Hex Spacers
7. Hook

Mulanya agak sukar untuk mendapatkan Hex Spacer tersebut, tetapi dengan bantuan rakan-rakan akhirnya bahan tersebut boleh di dapati di mana-mana kedai 'hardware'.  Saya dapatkannya dengan harga RM1.20 sahaja seunit.

...ini lah rupanya 'hex spacer' yang dimaksudkan...

Cara-cara menyediakan agak ringkas sahaja iaitu dengan menebuk empat lubang di tepi "pvc end caps" untuk tujuan sambungan "element" nanti. Gunakan skru yang sesuai dengan saiz "hex spacer" yang anda gunakan. Sambungkan coax RG58 seperti gambar di bawah.




...beginilah cara sambungannya...

Untuk membuat element pastikan anda menggunakan aluminium rod saiz diameternya sesuai dengan saiz "hex spacers" yang anda gunakan. Saiz panjang aluminium rod yang diperlukan adalah 19 1/2 inchi.



Jika diceraikan untuk dibawa ke mana-mana hanya dalam beberapa minit sahaja dan senang dibawa dan dipasang semula. Untuk informasi ujian VSWR menunjukkan 1:1 di frekuensi 145.000, 1:1 di frekuensi 146.000, 1:1.5 di frekuensi 147.000, 1:1.5 di frekuensi 148.000.



Sehingga bertemu lagi...selamat mencuba...73