Monday, March 25, 2013

Cadangan Skrip Mengendalikan 2 Meter Net




Mutiara Net
Setiap Ahad jam 9:00 malam

Mega berarak indah berbalam
Dipuput bayu ke pohon ara
Pemanis kalam selamat malam
Awal Bissmillah pembuka bicara

...sebelum saya memulakan acara elok kiranya saya menjemput Tuan Pengurus Astra Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan sepatah dua kata...

Duduk sekawan gadis jelita
Buat santapan untuk pahlawan
Tampillah tuan kami meminta
Madah ucapan kata aluan

...dipersilakan 9W2SOB atau wakilnya... 9W2BZI net controller standing by over..

Terima kasih Pak Ndak 9W2SOB ..9W2BZI net controller returning...

Pengenalan 
Acara 2 meter band net ini diadakan adalah bertujuan untuk menilai, menguji, dan memastikan keupayaan, perkakasan peralatan radio transciever yang kita gunakan masih berfungsi dengan baik. Sehubungan itu adalah diharapkan agar rakan-rakan dapat memberi laporan audio dalam bentuk [Readability&Signal Strength&Tone] ketika dipanggil oleh net controller dengan menyatakan jenis transciever, kuasa pemancaran, sistem antenna serta QTH pemancaran terkini.  Selain itu, acara net ini juga dapat mengaktifkan callsign anda dengan memberi pengenalan diri kepada rakan-rakan yang memantau, sehubungan itu anda diminta supaya menyebut nama anda semasa menjawab panggilan daripada net controller. Walau bagaimanapun anda juga boleh menyampaikan sebarang info yang difikirkan sesuai dan membawa manfaat kepada rakan-rakan amatur.

Renungan:
Ucapan Saidina Abu Bakar r.a ketika dilantik menjadi khalifah:

“Saudara-saudara, aku diangkat menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik di antara kamu semua. Untuk itu, jika aku berbuat baik, bantulah aku. Jika aku berbuat salah, luruskanlah aku. Sifat jujur itu adalah amanah, sedangkan penipuan itu adalah pengkhianatan.

Janganlah di antara kamu meninggalkan jihad, sebab kaum yang meninggalkan jihad akan ditimpa kehinaan daripada Allah swt. Patuhilah kalian kepadaku selama aku mematuhi Allah dan Rasul-Nya. Jika aku menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka tidak ada kewajipan bagi kalian untuk menghormati dan mematuhi aku…”

Sehubungan itu, jika seseorang itu ingin maju ke hadapan maka seseorang itu harus sedia menerima teguran...tetapi..bagi yang menegur pula tegurlah dengan cara yang paling berhemah tanpa menjatuhkan air muka dan keaiban orang yang ditegur...oleh demikian adalah lebih baik jika teguran tersebut tidak didengar oleh orang ramai ...amalkan dengan menghantar sms atau terus menghubungi seseorang itu...

Sebelum saya memulakan acara, suka saya tinggalkan disini nombor telefon bimbit saya untuk rakan2 yang ingin turut serta tetapi gagal memancar ke pancar ulang. Talian ini juga dibuka untuk rakan SWL yang ingin turut serta...sila tinggalkan pesanan ringkas atau SMS anda ke nombor ini...0125138479

Acara bermula:
QRZ QRZ QRZ cq cq cq memanggil mana2 rakan yang berkelapangan dan berkesudian untuk turut sama dalam acara 2 meter band Mutiara Net di 9M4RBB...saya selaku net controller anda memegang callsign 9W2BZI handle operator cikgu ruzi standing by over...

Saya menerima sebanyak -- stesen pada pusingan yang --- ini. Stesen mobile akan dipanggil terlebih dahulu diikuti dengan stesen portable dan diikuti dengan stesen base...diharap kepada stesen yang tersenarai dapat bersabar dan kekal di dalam frekuensi sehingga callsign anda dipanggil..,

Sila kan 9w2--- dengan sebarang info, nyatakan handle operator, kuasa pemancaran, jenis transceiver, sistem antenna, QTH terkini dan sebagainya..9W2BZI net controller anda... assalamualaikum 
go head/ standby over..

Waalaikumussalam...dikembalikan kepada anda [nama] 9W2--- 9W2BZI net controller anda returning...terima kasih [nama] atas penyertaan anda dalam acara Mutiara Net pada malam ini..saya menerima anda dalam readability [?] / Readability & Signal Strength 5 dan 9 di transciever saya ini...[terima kasih dan segala informasi anda dipantau terus oleh rakan2 di 9M4RBB]...saya tinggalkan anda sebagai pemanggil yang ke -- dan 73 mengiringi anda jumpa dan jumpa lagi...

Penutup
Terima kasih diucapkan kepada rakan2 yang turut serta dalam acara 2 meter band Mutiara Net di 9M4RBB pada malam ini...sekiranya ada terkasar bahasa  terlanjur bicara, terguris rasa, semasa saya mengendalikan acara net pada malam ini...sepuluh jari disusun, ampun dan maaf dipinta..

Dari Kedah ke Pekan Sari
Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi

...sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah daripada saya sendiri..dengan ini saya membuka kembali frekuensi ini seluas-luasnya untuk digunapakai oleh rakan-rakan...saya 9W2BZI meninggalkan frekuensi...73 Assalamualaikum..,

Thursday, December 13, 2012

Antenna Cross Dipole

Sudah lama kiranya saya tidak mengemaskini laman blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dan sedikit kemahiran menyiapkan sejenis antenna 2 meter band iaitu 'Cross Dipole Antenna'. Tidak sukar untuk menyiapkannya hanya perlukan sedikit ketekunan dan masa disamping sedikit kos peralatan yang perlu dibeli. Antenna ini sesuai di bawa ketika "portable" atau ke mana-mana sahaja. Boleh diceraikan dan dipasang dengan cepat dan digantung di mana-mana mengikut kesesuaian.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Aluminium Rod
2. PVC End Cap
3. Skru
4. Cable RG58
5. Connector
6. Hex Spacers
7. Hook

Mulanya agak sukar untuk mendapatkan Hex Spacer tersebut, tetapi dengan bantuan rakan-rakan akhirnya bahan tersebut boleh di dapati di mana-mana kedai 'hardware'.  Saya dapatkannya dengan harga RM1.20 sahaja seunit.

...ini lah rupanya 'hex spacer' yang dimaksudkan...

Cara-cara menyediakan agak ringkas sahaja iaitu dengan menebuk empat lubang di tepi "pvc end caps" untuk tujuan sambungan "element" nanti. Gunakan skru yang sesuai dengan saiz "hex spacer" yang anda gunakan. Sambungkan coax RG58 seperti gambar di bawah.




...beginilah cara sambungannya...

Untuk membuat element pastikan anda menggunakan aluminium rod saiz diameternya sesuai dengan saiz "hex spacers" yang anda gunakan. Saiz panjang aluminium rod yang diperlukan adalah 19 1/2 inchi.



Jika diceraikan untuk dibawa ke mana-mana hanya dalam beberapa minit sahaja dan senang dibawa dan dipasang semula. Untuk informasi ujian VSWR menunjukkan 1:1 di frekuensi 145.000, 1:1 di frekuensi 146.000, 1:1.5 di frekuensi 147.000, 1:1.5 di frekuensi 148.000.



Sehingga bertemu lagi...selamat mencuba...73

Tuesday, May 1, 2012

Komuniti Astra Pulau Pinang: Konvoi Amal Astra Bersamamu

Julung-julung kalinya Astra Pulau Pinang berjaya menganjurkan konvoi amal dengan mengunjungi rakan-rakan ham yang kurang sihat dan lama tidak kedengaran audio di frekuensi.  Pada hari ini sempena cuti umum Hari Pekerja iaitu 1 Mei 2012 seramai 23 stesen terlibat dalam konvoi amal kali ini.  Antaranya 9W2DBC, 9W2ICI, 9W2SPG, 9W2MSD, 9W2DHL, 9W2PVC, 9W2MYO, 9W2FZS, 9W2PTO, 9W2ZBP, 9W2CTT, 9W2SOB, 9W2MNP, 9W2TNY, 9W2PS, 9W2TNY, 9W2TNS, 9W2OKP, SWL-Panjang man, SWL-Saffuan dan saya 9W2BZI serta 2 stesen rakan 9W2DHL.

Konvoi bermula dipermulaan Jambatan Pulau Pinang seawal jam 8.30 pagi kemudian konvoi bertemu di base 9W2BZI pada jam 9.00 pagi.  Jamuan ringan dihidangkan dengan menu spontan sahaja.  Selesai bergambar konvoi bergerak ke base 9M2FK - Pak Eshee di Jalan Kelawai.  Setibanya di sana peserta konvoi menziarahi keadaan terkini Pak Eshee sambil-sambil menjengah peralatan radio beliau.  

Agenda seterusnya konvoi bergerak menyeberangi selat semula dengan melalui Jambatan Pulau Pinang sekali lagi.  Kali ini konvoi menuju ke Teluk Air Tawar untuk menziarahi 9W2MQ - Cikgu Mohd Akhir.  Alhamdulillah...beliau ceria menerima kunjunga peserta konvoi amal ini.  Setelah selesai bergambar dan bersalaman, konvoi bergerak meninggalkan Teluk Air Tawar dan menuju ke Kulim untuk menghadiri majlis aqiqah di base 9W2MNP junior.

Setibanya di sana majlis dimulakan dengan tahlil ringkas dan solat Zuhor berjemaah, seterusnya para peserta konvoi tidak melepaskan peluang menjamah hidangan.  Antara yang menyelerakan, kurma kambing resepi 9W2SOB dan kari ikan jenahak segar dari perairan Pulau Aman yang dijaring sendiri oleh 9W2MNP.

Di sini konvoi mula berpecah kerana ada agenda masing-masing.  9W2MSD ada urusan di Ipoh manakala SWAL-panjang man terpaksa pulang awal bersama 9W2FZS, 9W2PS, 9W2DHL.  Manakala yang lain meneruskan konvoi ke base 9W2DBC....nak makan keropok goreng....hihihi...Akhirnya konvoi kali ini berakhir di base 9W2DBC...

berkumpul di base 9W2BZI
 dalam lif...nak ke tingkat 15
 keadaan Pak Eshee terkini
 penyerahan sumbangan daripada Astra
 inilah gajet keramat 9M2FK
 dapat pegang pun dah sangat berbangga...
 antenna di base 9W2MQ..
 jelas kelihatan uzur...dah "berhimpun" kaki biawak tu...
 ceria lagi Cikgu Mohd Akhir - 9W2MQ
 bergambar kenangan

 kami akan datang lagi....
 majlis tahlil di base 9W2MNP junior
 solat Zuhor berjemaah
 apa nak kata....marvelous...tak mai rugi la...
 pakat-pakat cedok...."loud and clear...5 9..."
 di 'wakaf' 9W2DBC

 bergambar kenangan di laman indah kediaman 9W2DBC

Terima kasih dan sekalung tahniah serta syabas kepada peserta konvoi pada kali ini...banyak pengetahuan, pengalaman mahupun ilmu diperolehi hari ini.  Apa yang penting ikatan ukhwah terjalin sesama kita...teruskan program yang murni ini di masa akan datang......jumpa dan jumpa lagi....."main radio...main radio..."   73






Kelas Persediaan RAE 2012-1 Siri 2

Kelas RAE Siri 2
Tarikh: 02 dan 03 Mei 2012
Hari: Rabu dan Khamis
Tempat: IPD Timur Laut, Pulau Pinang ( Dewan Latihan, Tingkat 6 )
Masa: 9.00 malam
Bayaran: F.O.C
Simplex: V34 | 145.425 | 


Datanglah beramai-ramai....

Wednesday, April 25, 2012

Kelas Persediaan RAE 2012-1

Kelas RAE Siri 1
Tarikh: 25 dan 26 April 2012
Hari: Rabu dan Khamis
Tempat: IPD Timur Laut, Pulau Pinang
Masa: 9.00 malam
Bayaran: F.O.C
Simplex: V34 | 145.425 |





Sunday, April 22, 2012

Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 2012-1




Notis Peperiksaan Radio Amatur sudah dikeluarkan dengan rasminya..
Bagi yang berminat sila dapatkan borang di http://www.skmm.gov.my/attachment/pdf/Borang_Permohonan_RAE_Generic.pdf atau terus daftar online di https://sems.skmm.gov.my/


Wednesday, November 9, 2011

Seminar Radio Amatur dan Halatuju


SEMINAR RADIO AMATUR DAN HALATUJU
Tarikh: 2 dan 3 Disember 2011
Tempat: PANTAI MERDEKA RESORT, KUALA MUDA KEDAH

Bayaran: RM28 setiap peserta (Termasuk makan dan minum, tapak perkhemahan, cenderahati, sijil peyertaan dan nota)
Penyertaan: SEMUA RAKAN RADIO AMATUR (HAMS)
Penyertaan Terhad kepada 250 hams sahaja.

Segala pertayaan sila berhubung dengan jawatan kuasa ASTRA Pusat di admin@astra.org.my

Cara pembayaran:

1) Bayaran terus ke akaun ASTRA pusat dan email slip pembayaran ke admin@astra.org.my
2) Bayaran melalui setiap Pengurus ASTRA negeri