Monday, May 31, 2010

Frekuensi Baru Kumpulan Repeater ASTRA


Setelah diselaraskan frekuensi baru oleh pihak SKMM maka setiap repeater yang terlibat terpaksa diturunkan dan dinaikkan semula bagi melaraskan semula frekuensi mengikut kehendak pihak berwajib.

Sunday, May 30, 2010

Memancing Bersama Rakan Ham Radio di Ban Pecah, Tanjung Piandang

Setelah selesai bermesyuarat di Bukit Tengah berkaitan cadangan Eyeball Perdana..empat stesen telah bergerak ke Ban Pecah untuk meninjau rakan-rakan Ham Taiping menyerang Ban Pecah pada malam ini. Antara yang turut serta ialah 9W2FZ-Abg. Fadzil, 9W2MTO-Pak Su Mail, 9W2PTO-Zul dan saya 9W2BZI.



9W2MZS bersama rakan ham Taiping....depa layan bottom...takdak pelampung...


Siap dengan khemah rakan ham Taiping...kira terus tawan Ban Pecah sampai pagi...



Ini pula 'port' 9W2DHL


9W2FZ mula memantau 'port' yang sesuai untuk melayan ikan temekung....

Ini lah jalopy Tok Megat

Bersama rakan v38




9W2DMG

Yang tengah tu penghulu Ban Pecah dua malam berturut-turut...tak lain tak bukan 9W2LEV


Apa pun terima kasih kepada rakan-rakan lokalan V38 yang sudi menemani rakan-rakan selama dua malam berturut-turut...kira kenyang jugalah nyamuk-nyamuk di Ban Pecah selama dua malam ini....sehingga bertemu di trip memancing akan datang......73

Mesyuarat Cadangan Eyeball Perdana - Bukit Tengah 29 Mei 2010

Pada tanggal 29 Mei 2010 satu mesyuarat mengenai cadangan untuk mengadakan Eyeball Perdana Rakan Ham Pulau Pinang dan kawasan berhampiran telah diadakan di Bukit Tengah. Cadangan asal mesyuarat akan diadakan di Teratak Usang. Walau bagaimanapun setelah hujan turun membasahi bumi Seberang Perai maka perjumpaan pada malam ini terpaksa dialihkan ke kedai Kelantan untuk tujuan mesyuarat ini.

Perjumpaan bermula kira-kira jam 9.00 malam dengan dihadiri seramai 11 stesen rakan ham. Antara yang hadir ialah 9W2MTO-Pak Su Mail, 9W2PTO-Zul, 9W2LMZ-Abg Pun, 9W2EZE-Abg. Zahirul, 9W2BKC-Abg. Sany, 9W2MSD-Pak Din Tasek, 9W2DGW-Abg. Mail Kulim, 9W2ADN-Abg. Nan, 9W2FA-Cikgu Mizi, 9W2FZ-Abg. Fadzil, dan saya sendiri 9W2BZI.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan cadangan mengadakan Eyeball Perdana Rakan Ham Pulau Pinang dan kawasan berhampiran pada 10 Julai 2010. Tempat yang dicadangkan ialah di Pantai Molek. Acaranya pula adalah berbentuk barbeku di tepi pantai sambil bersua muka di daratan sesama rakan ham. Eyeball Perdana ini juga bertujuan untuk mengumpul semula seberapa ramai rakan ham lama serta baru yang mendiami pancar ulang Bendera mahupun rumah simplex V32(145.400) dan V34(145.425)



9W2LMZ

9W2BKC










9W2FA

Mesyuarat dimulakan dengan dipegerusikan oleh 9W2LMZ

Hidangan malam ini...terima kasih 9W2FA



Anugerah bapa mithali malam ini....9W2DGW

Go head..Pak Su Mail...jangan telan sudu sudah...

9W2MSD

Harmonic 9W2DGW


9W2EZE...mendengar 'last over'...

9W2FZ...lepas ni kena pi Ban Pecah...

Apa yang tak suka Pak Su Mail...

dapat dah jawapan hari ni...kata Abg. Zahirul...Pak Su Mail dok kata macam ni.... " hangit aku malam ni dalam menu takdak susu"







Terima kasih kepada semua stesen yang hadir pada malam ini. Kepada 9W2FA terima kasih atas hidangan juadah pada malam ini...moga dimurahkan rezeki..selepas semua stesen bersurai dimulakan oleh 9W2DGW yang ada urusan. Manakala 4 stesen antaranya 9W2MTO, 9W2PTO, 9W2FZ dan saya sendiri 9W2BZI bergerak ke Ban Pecah. Sehingga bertemu lagi.....QRT...73

Friday, May 28, 2010

Eyeball bersama 9W2LTM-Abg. Ed

Bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 27 Mei 2010 jam 10.30 p.m satu lagi pertemuan bersama rakan ham telah diadakan. Kali ini seorang lagi rakan ham dari lokalan Damansara tiba di Pulau Mutiara. Selamat datang 9W2LTM-Abang Ed ke Pulau Pinang. Antara yang hadir pada malam ini termasuklah rakan dari lokalan Kinta 9W2YZR- Abg. Yazar, SWAL-Abg. Nizam (ZTB), SWAL-Abg. Salim (SPG) dan saya 9W2BZI.

Dalam suasana yang begitu mesra bertemu di daratan bersama 9W2LTM tanpa disangka -sangka muncul pula seorang lagi rakan yang membawa radio bersama-samanya duduk di meja sebelah. Setelah diamati rupa-rupanya beliau adalah pemegang 'callsign 9W2KPD-Tn. Mail. Asyik dengan pelbagai topik perbincangan tidak sedar jam telah menunjukkan pukul 12.30 a.m. Abg. Ed bergerak meninggalkan rakan-rakan untuk bertemu seorang lagi rakan yang lain. Terima kasih Abg. Ed yang sudi menjenguk kami pada malam ini. Ada masa ada kelapangan boleh kita bersua lagi.

Eyeball diteruskan lagi bersama 9W2KPD bersama seorang rakan beliau sehingga tuan kedai mengangkat kerusi dan gelas minuman...akhirnya kami bersalam surai kira-kira jam 1.15 am.

Inilah rupa paras 9W2LTM


Ini pula tak QSL.....yl atau xyl Abg. Ed




Yang ni kena tanya Abg. Ed ...dah ada callsign ke belum...

9W2YZR

SWAL-ZTB

SWAL-SPG

9W2LTM

Ini pula perbandingan antara dua kelab...berbeza tetapi satu tujuan..


9W2KPD pula tiba







Cerita-cerita berkenaan rakan yang 'dipukat' kerana memiliki mobile rig dalam jalopy...nak tahu apa cerita tunggu sehingga anda termasuk di dalam 'pukat'nya...atau tanya sendiri kepada 9W2KPD...


Terima kasih kepada semua stesen yang hadir pada malam ini bagi meraikan tetamu-tetamu yang berkunjung di lokalan kita. Terima kasih juga kepada stesen yang belanja minum..tak QSL siapa yang belanja...semoga dimurahkan lagi rezeki anda...sehingga bertemu lagi...QRT...73