Pada hari ini 30 Jun 2010 bertempat di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, telah diadakan RAE kali ke 2 bagi tahun 2010. Ramai rakan SWAL hadir mencuba nasib pada petang tadi.
Wednesday, June 30, 2010
Monday, June 28, 2010
Tango-Tango Bersama 9W2FZE - di Restoran Sup Hameed
Malam ini 28 Jun 2010 kami menerima kunjungan daripada rakan lokalan Perlis sekali lagi. Kali ini 9W2FZE- Abg. Fauzi pula bertandang ke Georgetown, Pulau Pinang atas urusan menghantar 'harmonic' beliau ke Kolej Kejururawatan Pergigian. Terlanjur beliau tiba di sini, kami mengambil kesempatan untuk ber'tango-tango' bersama beliau. Terima kasih rakan SWAL-ZTB-Abg. Nizam kerana membantu menunjuk arah kepada Abg. Fauzi. Kira-kira jam 8.00 malam 9W2FZE bersama keluarga tiba di Restoran Sup Hameed setelah ditunjuk arah oleh ZTB-Abg.Nizam. Pada awalnya beliau hendak ke Nasi Kandar Line Clear tetapi QSY ke Restoran Sup Hameed.
Terima kasih sekali lagi kepada ZTB- Abg. Nizam kerana sudi menemani Abg. Fauzi kita walaupun sedang ber'saltmine'. Buat 9W2FZE-Abg.Fauzi serta keluarga, dipohon kemaafan kerana tidak berkesempatan menjemput anda sekeluarga ke 'base station' saya kerana agak QRL dengan urusan menghantar dan mengambil 'harmonic' ke pusat tuisyen. InsyaAllah sekiranya ada masa dan kelapangan dilain kali, bolehlah bertandang ke 'base station' saya. Sehingga bertemu lagi....73.
Subscribe to:
Posts (Atom)