Monday, June 7, 2010

Suasana Pilu Menyelubungi 9W2ZKI-Abang Zuki


Semalam 6 Jun 2010 Ahad jam 9.00 pagi, saya sekeluarga bertolak ke Sungai Besar, Sabak Bernam untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan xyl. Perancangan telah dibuat hampir tiga hari sebelumnya, namun entah mengapa pada malam sebelum bertolak xyl bagaikan ingin membatalkan hajatnya untuk ke majlis tersebut. Namun demikian pada keesokan harinya saya sekali lagi mengajak xyl untuk ke majlis tersebut. Akhirnya keputusan dibuat dan kami meneruskan perjalanan ke Sungai Besar lewat jam 9.00 pagi.

Sebaik sahaja radio dibuka 9W2SOB di samping 9W2ESN menyambut panggilan di Bendera dan QSO berlarutan hingga ke Juru. Di sana 9W2EZE mengambil laluan dan menyampaikan info mengenai xyl kepada 9W2ZKI telah kembali ke rahmatullah dan jenazah masih lagi berada di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang. Tersentak mendengar berita tersebut dan sememangnya saya sedang menuju ke lokasi yang sama.

Perjalanan diteruskan hingga tiba di lokalan Sungai Besar. Penalaan radio dibuat untuk mencari-cari jaluran yang menyampaikan info terkini mengenai jenazah. Akhirnya setelah menghantar SMS kepada beberapa orang rakan dan dibantu oleh rakan-rakan di V24, frekuensi repeater 9M4RBC telah dilaraskan. Mendengar laporan mengenai info terkini dari jaluran berkaitan pergerakan konvoi di Hospital yang menunggu untuk membawa pulang jenazah.

Setelah selesai ke majlis perkahwinan, saya terus menuju ke Parit 3 Sungai Hj. Dorani. Di sana beberapa orang rakan telah bersiap sedia untuk memberi panduan kepada mana-mana stesen yang ber’mobile’ ke tempat kejadian. Ketika sampai di sana jam di tangan menunjukkan pukul 3.30 petang manakala jenazah tiba jam 5.30 petang.

Suasana pilu menyelubungi para tetamu apabila jenazah tiba di perkarangan rumah mentua 9W2ZKI ditambah pula apabila melihat anak bongsunya mendakap erat Abang Zuki sambil menangis teresak-esak di pangkuannya bagaikan tercari-cari ke mana pergi ibunya. Hati saya tersentuh melihatkan suasana tersebut tanpa disedari air mata jatuh jua setelah lama bergenang di kelopak mata. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…..

Kisahnya sebagaimana yang disampaikan kepada saya berlaku pada pagi yang hening apabila berita disampaikan dari Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Kelang mengatakan xyl kepada rakan yang memegang callsign 9W2ZKI telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir… Sehari sebelumnya dikhabarkan bahawa arwah bersama dua orang anaknya membonceng motosikal yang ditunggang oleh adiknya tidak dapat dikawal setelah tayarnya pecah. Arwah bersama anak-anaknya terhumban ke jalan dan dilanggar pula oleh sebuah lagi motosikal yang datang dari arah bertentangan… Akibatnya arwah mengalami kecederaan serius di kepala manakala anaknya yang berumur 6 tahun (kalau tidak salah) juga mengalami kecederaan dan masih dirawat di Hospital Teluk Intan. Walau bagaimanapun anak bongsu dan adiknya yang menunggang motosikal hanya mengalami kecederaan ringan. Kisah menjadi pilu lagi kerana Abang Zuki tiada di lokalan semasa kejadian ini berlaku dan dikhabarkan bahawa beliau sedang berkursus di luar kawasan ketika itu. Apa yang menyedihkan lagi apabila mendapat tahu bahawa beliau telah kehilangan tiga orang anaknya serentak pada kira-kira dua tahun lalu kerana lemas di tali air. Kini ditambah pula dengan dugaan yang amat besar….salam takziah buat 9W2ZKI dan Al-Fatihah buat arwah….semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh dan dicucuri rahmat……amin.



Lokasi di Parit 3 Sg. Hj. Dorani

Antara rakan yang tiba awal di lokasi 9W2APH-Cikgu Fauzi, 9W2VSI-Abg Syamin, 9W2VDY-Abg Rudy, 9W2SBK-Abg Saiful, 9W2VZD-Abg Zaid, 9W2VVH-Cikgu Husairi, 9W2ODC-Abg Baihaqi, 9W2KIZ-Abg Azman, 9W2ALZ-Abg hazali, 9W2BTK-Ust Mohamad, dan saya 9W2BZI

9W2VZD-Abang Zaid, menjadi juru pandu arah di V24

Antena yang di pasang di lokasi oleh 9W2APH

Kelihatan kereta jenazah dari lokalan menunggu jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan

Suasana pilu menyelubungi ruang tamu ini...menanti kepulangan penghuninya buat kali terakhir...




Menunggu ketibaan konvoi membawa jenazah

Bagi yang ingin menziarahi boleh jadikan tiang ini sebagai 'landmark'

Kelihatan konvoi dari Hospital telah tiba

Inilah van membawa jenazah..


Kelihatan 9W2ZKI berada di tempat duduk hadapan van...


Jalopy 9W2DMG yang turut menyertai konvoi



Kelihatan sugul...9W2ZKI


Jenazah dibawa masuk ke rumah


Tok Megat sedang memperkatakan sesuatu






Lihatlah anak kecil ini dipangkuan ayahnya....

Portable antena diturunkan



Setelah disembahyangkan...





Salam takziah sekali lagi buat keluarga arwah....
Kepada rakan yang hadir...semangat keakraban yang ditunjukkan sangat tinggi.


No comments:

Post a Comment