Thursday, June 17, 2010

Tango-Tango Bersama 9W2OCC- Abg Sham di 'Base Station' 9W2FZE di Perlis

Kesempatan berada di Lokalan Perlis semasa pulang ke rumah Oscar Tango baru-baru ini dapatlah juga bertemu rakan-rakan ham lokalan Perlis. Kebetulan pula rakan dari Taiping 9W2OCC baru keluar dari wilayah selatan HS9 maka satu perjumpaan telah diadakan di 'base' 9W2FZE- Abg Fauzi pada Hari Ahad 13 Jun 2010 jam 9.00 malam.

Antara rakan yang hadir terdiri daripada 9W2FZE-Abg Fauzi, 9W2KRE-Abg Kre, 9W2HZB-Abg Halim, 9W2TLT-Abg Nash, 9W2OTC-Cikgu Din, 9W2ZCO-Abg Zul, 9W2MPZ-Abg Mat dan saya 9W2BZI

Juadah yang dihidangkan oleh 9W2FZE dan dibawakan khas oleh 9W2KRE cukup menyelerakan iaitu ikan pekasam dari Empangan Timah Tasoh. Walaupun sudah kekenyangan kerana makan bihun sup bersama 9W2ZHL dan 9W2DPJ di Simpang Empat sebelum ke rumah Abang Fauzi tetapi dapat juga menghabiskan sepinggan nasi.

dari kiri...9W2HZB, 9W2FZE, 9W2OCC

9W2KRE bersama saya 9W2BZI


dari kiri...9W2BZI, 9W2OCC, 9W2KRE, 9W2TLT, 9W2FZE, 9W2OTC


Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir untuk meraikan 9W2OCC. Tuan rumah serta penyumbang ikan pekasam...terima kasih..ada masa ada kelapangan kalau buat kenduri panggil-panggillah lagi.......73

No comments:

Post a Comment