Siapa dahulu radio atau cikgu? Persoalan ini berlegar-legar jauh di sudut hati..bagaikan pemancaran yang dibuat tidak mencapai pancar ulang, sayup-sayup kedengaran. Tetapi persoalan ini masih berlegar-legar hingga ke hari ini. Ini yang dikatakan madu diberi tuba dibalasnya. Sememangnya pelik jika difikirkan dan mungkin sukar difikirkan, kalau difikirkan pun akan bertambah lagi kekusutan.
Orang memberi kita menerima, begitulah adat yang adapun tapi kalau yang memberi tidak ikhlas yang menerima sudah tentu menerima sahaja. Sama sahaja ikhlas atau tidak yang menerima tetap menerima. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya di mana hujung pangkalnya, apa ceritera sebenarnya.
Kisahnya bermula apabila ada penyumbang yang menyumbang dan membolehkan kelab berkembang. Malangnya penyumbang tidak menyumbang secara seimbang....ah, susah benar berkata-kata bermadah berkias hanya menambah rasa cemas gusar dan mungkin masej gagal disampaikan.
Ramai mungkin QSL dengan penyumbang radio kepada sekolah-sekolah. Pihak sekolah amat berbesar hati di atas sumbangan tersebut. Satu rig dan tiga handheld namun pada peringkat awalnya pihak penyumbang tidak membenarkan peralatan tersebut disimpan di sekolah kerana dengan alasan tiada guru memiliki AA. Pengetua menggesa saya agar cepat-cepat mendapatkan AA agar peralatan tersebut dapat disimpan di sekolah walaupun AA sekolah telah didaftarkan oleh mereka tetapi hanya sekolah diberi salinan melalui email. Disebabkan QRL dengan pelbagai tugasan saya hanya memberi laluan kepada pelajar-pelajar untuk menduduki RAE terlebih dahulu dan akhirnya dua orang pelajar telah lulus RAE tersebut mendahului gurunya. Namun begitu rasa bangga seorang guru tetap ada apabila ada pelajarnya lulus walaupun mungkin atas usaha sendiri pelajar tersebut .
Harapan kembali cerah agar peralatan tersebut dapat dikekalkan di sekolah kerana pelajar telah memperolehi AA. Namun harapan tinggal harapan sehinggakan pihak sekolah hendak membuat 'tagging' bilangan perolehan dan "HAK KERAJAAN" untuk rekod stok inventori juga tidak dapat dilakukan. Sehinggalah saya sendiri memiliki AA barulah peralatan tersebut dihantar untuk di'tagging' namun ada sebahagian tidak dipulangkan.
Sedikit imbas kembali..sebelum saya mendapat AA hubungan antara penyumbang masih baik, jika ada perkara perlu dibincangkan mudah sahaja dihubungi. Pada awalnya untuk mendapatkan AA ada juga saya meminta pertolongan mereka untuk mencari dua orang pemegang AA Kelas A tetapi saya tidak menemui mereka sebaliknya saya menemui 2 orang lama dalam ASTRA di USM. Tiba-tiba sahaja mereka megetahui saya sudah ber'callsign'. Namun mereka masih lagi mempelawa saya ke 'eyeball' bersama mereka tetapi beberapa kali lagi saya tidak memenuhi undangan mereka. Tiba-tiba lagi, audio saya kedengaran di merata-rata jaluran ASTRA.
Kelas kokurikulum Kelab Radio Amatur Sekolah diteruskan seperti biasa bagi memenuhi arahan tugas dan juga hobi. Namun masalah timbul apabila sebahagian peralatan penting yang dinyatakan tadi masih dalam simpanan mereka dan tidak dipulangkan. Sudah berkali-kali diminta dan bagaikan sudah lali setiap kali berselisih dengan Tuan Pengetua beliau bertanyakan hal demikian.."mereka sudah hantar atau belum"... Sebelum cuti persekolahan baru-baru ini mereka sudah berjanji untuk menghantar tetapi janji tinggal janji. Handheld semakin kehilangan kuasa. Lantas terus mencapai telefon dan menghubungi mereka..malangnya setelah berpuluh-puluh kali memanggil namun tiada jawapan balas diterima. Sebelum ini pelbagai alasan diberi outstation, oversea dan pelbagai lagi...
Akhir sekali saya menerima SMS daripada 'ex-student' yang memiliki AA tadi mengatakan "sorry, i at class, anything?"..saya QSL bahawa beliau sedang belajar di sebuah kolej swasta ketika ini.. dengan nada lembut meminta maaf sekiranya menganggu cuma nak tahu bila peralatan tersebut akan dipulangkan. Setelah selang 14 minit tiba pula SMS ini yang menjelaskan maksud tajuk 'post' kali ini "Antara Biadap dan Beradab"..pelajar ini adalah 'ex-student' dari form 1 hingga form 5. "Why suddenly need? i recently being warning by old hams tht out there hv a lot of pirates, n they are on project to catch pirates".
Berderau darah membacanya..adakah ayat ini dari my ex-student or came from another persons? Siapa lanun? mana lanun? berapa ramai lanun? kenapa lanun? Adakah saya ini lanun? (Saya ada AA maa...) Saya minta peralatan yang belum diberi bukan cerita tentang lanun. Soalan kenapa dengan tiba-tiba (why suddenly.....) ini juga membuatkan darah saya mendidih..sudah berbulan diminta kemudian tanya kenapa tiba-tiba....hampeh..memang jenis tak pandai berbahasa apatah lagi berbudi bahasa. Inikah yang dikatakan Satu Malaysia apatah lagi Satu Rakan Ham Sedunia....
Persoalan timbul..Adakah sumbangan tersebut hanya boleh digunakan oleh ahli kelab ham tertentu sahaja, adakah AA yang diberi hanya boleh digunapakai oleh ahli persatuan ham tertentu sahaja, adakah persatuan ham tertentu berkuasa lebih daripada SKMM untuk menangkap lanun.
Ingatlah kepada penerima-penerima sumbangan daripada penyumbang-penyumbang ini agar berhati-hati dan berwaspada. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan "Antara Biadap dan Beradab"

No comments:
Post a Comment