Friday, July 30, 2010

Wednesday, July 28, 2010

Base Station-Asas tetapi Praktikal


Kiranya hobi ini merupakan hobi baru walaupun sebelum ini sudah mengenali radio amatur, namun tidak pernah ianya diambil berat untuk menyertai atau mendalami hobi ini. Namun demikian hobi ini mampu menyaingi hobi-hobi terdahulu. Setelah mula menyertai dunia radio amatur ini, sedikit demi sedikit peralatan dikumpulkan mengikut kemampuan. Beginilah rupanya 'base station' sekadar termampu diwujudkan, walaupun kelihatan terlalu asas namun ianya cukup praktikal dan mampu QSO bersama rakan-rakan di udara.



Sebelum ini RC helikopter pernah singgah di dalam kumpulan hobi pada masa senggang, namun hobi tersebut hanya hadir seketika sahaja. Hingga kini 'pesawat' yang baru dibeli masih tersimpan rapi tanpa melakukan penerbangan walaupun sekali. Pesawat Align Trex 450-pro masih tersimpan bersama radio control Futaba 2.4 Ghz. Mungkin ini merupakan isyarat awal untuk berada dalam dunia radio amatur kerana hobi RC juga menggunakan frekuensi radio. Mungkin juga akan datang pesawat ini diharapkan dapat terbang seiring dengan pesawat radio amatur.

Hingga bertemu lagi dalam siri hobi yang mengisi ruang senggang 9W2BZI........73

Sunday, July 25, 2010

Santai bersama 9W2DD

Pada 20 Julai 2010 yang lalu 9W2DD telah menjemput kami bersantai di halaman anjung rumah beliau. Nampak sederhana tetapi tetap santai bersama-sama rakan hingga ke lewat malam. Sambil-sambil mengunyah kacang goreng dapatlah juga berbual-bual bersama.

Antara yang hadir pada malam tersebut adalah 9W2PPG, 9W2ICQ, SWAL-SPG, SWAL-API, SWAL-XVX, 9W2BZI dan jiran-jiran 9W2DD

memang bersantai....

oopss...censored....

perhatikan 3 orang rakan 9W2DD...kain pelekat sama macam petak dam...

inilah set radio orang lama......

hingga ketemu lagi....73

Sunday, July 18, 2010

Bertemu Wakil Bahagian Promosi Road Tour Hamfest Malaysia 2010


Dalam rangka road tour Hamfest Malaysia 2010 saya sempat berjumpa wakil mereka iaitu 9W2OOS dan 9W2GOD. Kami bertemu di Jalan Lim Khoon Huat berhampiran 'base station' 9W2DD. Mereka tiba di utara untuk menjemput 9M2FK- Pak Eshee ke Hamfest Malaysia 2010, walau bagaimanpun saya tidak sempat ke 'base' Pak Eshee kerana ada tugasan. Namun demikian 9W2DD bersama-sama group Hamfest Malaysia 2010 meneruskan perjalanan ke 'base' 9M2FK.

bergambar kenangan...9W2GOD-azeli, 9W2BZI, 9W2OOS-Salleh, dan 9W2DD

penyerahan 'banner' kepada 9M2FK-Pak Eshee

bergambar kenangan bersama set radio Pak Eshee zaman Perang Dunia Ke 2

bertemu pula di kedai line clear...

inilah gambar terbaru 9M2FK

jalan jauh...menikmati nasi kandar Pulau Pinang

kelihatan 9W2OOS, 9W2DD, 9M2FK, swal-fitri (XVX) dan 9W2GOD

sedap.....hingga licin...

bergambar kenangan bersama 9M2FK

9M2FK


Selepas ini rakan dari Kuala Lumpur ini meneruskan road show mereka, manakala 9W2DD menghantar pulang 9M2FK ke 'base'nya.

Jasa dan pengorbanan serta pengalaman orang terdahulu harus dipuji dan diingati...tahniah kepada kedua-dua rakan ini kerana berjaya menjejak seorang lagi permata di dalam dunia ham ini.

Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur......73

Mesyuarat Post-Mortem Beach Eyeball Penang 2010-D'Kelantan


Pada 17 Julai 2010 telah diadakan mesyuarat post-mortem Beach Eyeball Penang 2010 di D'Kelantan dan dihadiri seramai 14 stesen iaitu 9W2EZE, 9W2LMZ, 9W2MDE, 9W2SID, 9W2MSD, 9W2FZ, 9W2FA, 9W2KBN, 9W2CTT, 9W2MYO, 9W2MTO, 9W2DGW, 9W2BZI dan SWAL-SPG.

Pelbagai agenda dibincangkan bagi menentukan kelebihan dan kekurangan dalam perancangan dan pelaksanaan Beach Eyeball Penang 2010.

motosikal ini bukan anda yang punya tapi 9W2MSD puuu...nya...

9W2EZE sedang D.I.Y dan diperhatikan oleh 9W2MDE

9W2MSD dengan kostum Bikers...

sementara tu 9W2FZ setia dengan barang-barangnya....

9W2KBN, 9W2CTT, 9W2DGW

memilih mata kail yang sesuai...

masing-masing sedang memerhati buku log 9W2DHL

laaa...sempat lagi dok ikat mata kail...


situasi mesyuarat malam ini...

masing-masing mengikuti perjalanan mesyuarat....

9W2FA, 9W2MTO, 9W2MYO, 9W2CTT

bihun goreng malam ini...sumbangan 9W2FA


angkat tangan menandakan bersetuju sebulat suara....

Terima kasih semua...jumpa dan jumpa lagi...73

Saturday, July 17, 2010

D.I.Y Power Supply untuk Mobile Rig


Tunjuk cara menggunakan kaedah D.I.Y menghasilkan power supply untuk mobile rig daripada power supply komputer. Proses ubah suai power supply ini ditunjukkan oleh 9W2EZE.

Langkah pertama adalah dengan mendapatkan power supply komputer di mana-mana kedai komputer yang mempunyai ampere sekurang-kurangnya 16A.

potong satu wayar yang berwarna hijau di hujung soket ke motherboard komputer. Kira wayar ke 4 dari tepi.

lihat...wayar hijau yang diasingkan....wayar ini penting untuk tujuan 'bypass' supaya power supply ini berfungsi

pilih pula satu wayar berwarna merah dan satu wayar berwarna oren untuk diasingkan...


ini pula proses mencari wayar life membawa kuasa 12 Volt dan wayar Ground

perhatikan...wayar kuning membawa kuasa 12 Volt, merah 5 Volt dan oren 3 Volt.
pilih berapa yang anda perlukan...yang lain potong...
#cadangan: 2 kuning (untuk rig), 1 merah (untuk kipas tambahan), dan 1 oren (untuk dummy lampu).....wayar hitam (Ground) perlu

ini pula proses membuat 'bypass'

perhatikan...wayar hijau yang mula-mula dipotong tadi disambungkan ke badan power supply. Jika tidak mahu menggunakan kaedah ini...boleh juga disambung dengan mana-mana wayar hitam (Ground)

lihat...3 wayar ini mewakili 3 kategori kuasa yang di keluarkan. Oren: 3 volt, merah: 5 volt, kuning: 12 volt

yang tidak diperlukan...potong...

setiap satu wayar kuasa perlu digandingkan dengan satu wayar hitam (Ground)

lihat....ini proses mewujudkan satu punca untuk bekalan kuasa 5 volt...wayar hitam digandingkan dengan wayar merah....tujuan untuk kipas tambahan...

apabila siap tutup semula 'cover' power supply ini...

beginilah jadinya....wayar hitam dan wayar kuning yang digandingkan bolehlah disambung ke 'socket' radio yang boleh didapati dimana-mana kedai elektronik...

Terima kasih sekali lagi 9W2EZE diatas tunjuk cara ini

Selamat Mencuba...










Tuesday, July 13, 2010

Beach Eyeball Penang 2010-Kategori Sumbangan

Disebalik kejayaan Program Beach Eyeball Penang 2010 sebenarnya terdapat sumbangan-sumbangan yang tidak ternilai daripada rakan-rakan di lokalan mahupun dari luar. Sumbangan yang berupa wang ringgit, barang-barang, makanan, pengangkutan, hadiah dan cenderamata, idea dan buah fikiran mahupun masa dan keringat atau peluh yang tumpah bagi menjayakan majlis ini.

Sekalung penghargaan, sejuta terima kasih dihulurkan kepada semua rakan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Beach Eyeball Penang 2010.

cenderamata untuk rakan senior daripada 9W2MTO dan 9W2PDR

lori dan khemah daripada 9W2MYO

vest dan signal light ini daripada SWAL-Sani

baju kemeja 'T' ini didahulukan bayaran oleh 9W2WBD

PA System daripada SWAL-BKC-Sani

Radio icom ic2200 daripada 9W2LMZ
'anak gajah' bersama jaring bakar kerang daripada 9W2MSD

Proton Juara daripada 9W2USF

ayam piru daripada 9W2LMZ dan 9W2SID

antena dual band daripada 9W2MYO

antena ASTRA double step daripada 9W2DGW

pinggan, gelas, sudu dan garpu daripada SWAL-SPG-Salim

kerang 2 guni daripada 9W2MSD

donat daripada 9W2BZI manakala tapai pulut dan ubi daripada 9W2DGW (rakan Kulim)

air oren hasil kutipan tetapi dibancuh dan dijaga oleh 9W2SOB

air asam dibuat di rumah 9W2LMZ

kek birthday daripada 9W2ADN dan xyl (homebrew)

pisang emas daripada 9W2MSD

bihun hasil kutipan dan digoreng di rumah 9W2LMZ oleh 9W2OP

tapai ubi juga daripada 9W2DGW (rakan Kulim)

hadiah daripada 9W2NIN dari Kuala Lumpur dan dibungkus oleh 9W2FZ

ikan kembung daripada 9W2PS

frankfurter tak QSL pula daripada siapa....

ini adalah hasil kutipan dan dibawa oleh 9W2EZE

ikan keli daripada 9W2MNA


Sekiranya tidak tercatat di sini senarai pemberi sumbangan sekali lagi dipohon kemaafan. Walau apapun terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang bersama-sama menjayakan majlis Beach Eyeball Penang 2010 ini.