Tuesday, July 13, 2010

Beach Eyeball Penang 2010-Kategori Sumbangan

Disebalik kejayaan Program Beach Eyeball Penang 2010 sebenarnya terdapat sumbangan-sumbangan yang tidak ternilai daripada rakan-rakan di lokalan mahupun dari luar. Sumbangan yang berupa wang ringgit, barang-barang, makanan, pengangkutan, hadiah dan cenderamata, idea dan buah fikiran mahupun masa dan keringat atau peluh yang tumpah bagi menjayakan majlis ini.

Sekalung penghargaan, sejuta terima kasih dihulurkan kepada semua rakan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Beach Eyeball Penang 2010.

cenderamata untuk rakan senior daripada 9W2MTO dan 9W2PDR

lori dan khemah daripada 9W2MYO

vest dan signal light ini daripada SWAL-Sani

baju kemeja 'T' ini didahulukan bayaran oleh 9W2WBD

PA System daripada SWAL-BKC-Sani

Radio icom ic2200 daripada 9W2LMZ
'anak gajah' bersama jaring bakar kerang daripada 9W2MSD

Proton Juara daripada 9W2USF

ayam piru daripada 9W2LMZ dan 9W2SID

antena dual band daripada 9W2MYO

antena ASTRA double step daripada 9W2DGW

pinggan, gelas, sudu dan garpu daripada SWAL-SPG-Salim

kerang 2 guni daripada 9W2MSD

donat daripada 9W2BZI manakala tapai pulut dan ubi daripada 9W2DGW (rakan Kulim)

air oren hasil kutipan tetapi dibancuh dan dijaga oleh 9W2SOB

air asam dibuat di rumah 9W2LMZ

kek birthday daripada 9W2ADN dan xyl (homebrew)

pisang emas daripada 9W2MSD

bihun hasil kutipan dan digoreng di rumah 9W2LMZ oleh 9W2OP

tapai ubi juga daripada 9W2DGW (rakan Kulim)

hadiah daripada 9W2NIN dari Kuala Lumpur dan dibungkus oleh 9W2FZ

ikan kembung daripada 9W2PS

frankfurter tak QSL pula daripada siapa....

ini adalah hasil kutipan dan dibawa oleh 9W2EZE

ikan keli daripada 9W2MNA


Sekiranya tidak tercatat di sini senarai pemberi sumbangan sekali lagi dipohon kemaafan. Walau apapun terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang bersama-sama menjayakan majlis Beach Eyeball Penang 2010 ini.

No comments:

Post a Comment