Friday, July 9, 2010

Malam ke 2 Rewang Menyiang Ikan Keli untuk Juadah Beach Eyeball Penang 2010-Kg. Tok Panjang

Berikut adalah cerita malam kedua acara merewang untuk menyiang ikan keli di 'base station' 9W2LMZ. Malam ini ikan masih segar dan cergas kerana tidak diberi ubat penenang (air batu), namun demikian 9W2CTT bersama 9W2FZ telah bersiap sedia dengan kayu 3 kali 2 dalam operasi pada malam ini.

Antara yang hadir pada malam kedua ini adalah 9W2LMZ, 9W2MTO, 9W2WBD, 9W2MYO, 9W2SOB, 9W2CTT, 9W2DHL, 9W2FZ, 9W2MDE dan saya sendiri 9W2BZI.

Acara menyiang tamat pada kira-kira pukul 12.30 pagi kemudian berlarutan hingga ke pukul 3.00 pagi bagi menikmati ikan keli bakar.

antara yang awal tiba...

9W2WBD setia menemani dua malam berturut-turut

9W2LMZ selaku tuan rumah bertindak sebagai jurupandu arah..


9W2CTT...malam ni sebagai ketua rewang



tengok....sekali cekak je...ikan tu dah lemas...

9W2SOB 'stand-by' jika ikan lari...

kena siang juga...ambil bau...nanti xyl tak percaya....

9W2LMZ juga tidak lepaskan peluang


9W2FZ siap sedia melapah keli mega...

sudah bermula...

haaa...penat kot...




9W2CTT...potong jangan tak potong...



9W2MDE juga hadir menemani kami

9W2MYO menunggu ikan untuk dibakar

hampir siap ikan untuk dibakar malam ini..

basuh mana yang sudah disiang

masih menunggu...tak siap-siap lagi ikan yang disiang oleh 9W2FZ

9W2DHL dan 9W2WBD mula menyalakan api sambil diperhatikan oleh 9W2MDE

dah masak...'kecur' air liur....

baunya yang tak tahan ni...

tunggu apa lagi...angkat cepat Abg. Pun

tuu dia...

cukup ke ni...

'kecur' lagi air liur...

rasa sikit.....emmm sedap..sedap...

ambil sikit lagi....memang sedap...

Apapun terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan yang sanggup hadir beramai-ramai menyiang ikan keli dua malam berturut-turut. Ada yang jauh, ada yang dekat bagai kata pepatah "hati nyamuk sama dicecah, hati gajah sama dilapah" , "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" maka jadilah seperti kata pepatah "bagai aur dengan tebing". Mudah-mudahan segala usaha dan perancangan akan disululi dengan hasil yang gemilang.

Jumpa pada malam keramat nanti...73

No comments:

Post a Comment