Sunday, July 18, 2010

Bertemu Wakil Bahagian Promosi Road Tour Hamfest Malaysia 2010


Dalam rangka road tour Hamfest Malaysia 2010 saya sempat berjumpa wakil mereka iaitu 9W2OOS dan 9W2GOD. Kami bertemu di Jalan Lim Khoon Huat berhampiran 'base station' 9W2DD. Mereka tiba di utara untuk menjemput 9M2FK- Pak Eshee ke Hamfest Malaysia 2010, walau bagaimanpun saya tidak sempat ke 'base' Pak Eshee kerana ada tugasan. Namun demikian 9W2DD bersama-sama group Hamfest Malaysia 2010 meneruskan perjalanan ke 'base' 9M2FK.

bergambar kenangan...9W2GOD-azeli, 9W2BZI, 9W2OOS-Salleh, dan 9W2DD

penyerahan 'banner' kepada 9M2FK-Pak Eshee

bergambar kenangan bersama set radio Pak Eshee zaman Perang Dunia Ke 2

bertemu pula di kedai line clear...

inilah gambar terbaru 9M2FK

jalan jauh...menikmati nasi kandar Pulau Pinang

kelihatan 9W2OOS, 9W2DD, 9M2FK, swal-fitri (XVX) dan 9W2GOD

sedap.....hingga licin...

bergambar kenangan bersama 9M2FK

9M2FK


Selepas ini rakan dari Kuala Lumpur ini meneruskan road show mereka, manakala 9W2DD menghantar pulang 9M2FK ke 'base'nya.

Jasa dan pengorbanan serta pengalaman orang terdahulu harus dipuji dan diingati...tahniah kepada kedua-dua rakan ini kerana berjaya menjejak seorang lagi permata di dalam dunia ham ini.

Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur......73

No comments:

Post a Comment