Monday, July 5, 2010

Menyelenggara Antena di 'Base Station' SWAL-API

Setelah beberapa hari tidak kedengaran audio rakan SWAL-API di V34 ( 145.425 Mhz), hari ini rakan-rakan ham Georgetown beramai-ramai ke 'base station' Abg. Pian untuk meninjau apa yang tidak kena. Akhirnya antena kepunyaan SWAL-API kembali berfungsi apabila dapat dikesan kerosakan yang berlaku terhadap 'connector' pada coaxial RG58 sambungan ke radio.

Antara yang hadir petang tadi terdiri daripada 9W2ICQ, SWAL-ZTB, SWAL-SPG , dan 9W2BZI serta tuan rumah SWAL-API.

tak dapat diletakkan di atas sekali kerana tidak mendapat laluan daripada tuan rumah.

cukup sekadar berpaut di 'balcony' ini...

ini pun sudah dapat memancar dengan baik....

apa yang tertulis di bangunan tu tak QSL pula....

sampai mengantuk 9W2ICQ menunggu...

Selepas selesai kami bergerak pulang manakala SWAL-API dan SWAL-SPG menuju ke astaka stadium untuk minum dan akhirnya kami bertemu kembali di 'base station' 9W2PPG.
Jumpa dan jumpa lagi.....73

No comments:

Post a Comment