Wednesday, July 28, 2010

Base Station-Asas tetapi Praktikal


Kiranya hobi ini merupakan hobi baru walaupun sebelum ini sudah mengenali radio amatur, namun tidak pernah ianya diambil berat untuk menyertai atau mendalami hobi ini. Namun demikian hobi ini mampu menyaingi hobi-hobi terdahulu. Setelah mula menyertai dunia radio amatur ini, sedikit demi sedikit peralatan dikumpulkan mengikut kemampuan. Beginilah rupanya 'base station' sekadar termampu diwujudkan, walaupun kelihatan terlalu asas namun ianya cukup praktikal dan mampu QSO bersama rakan-rakan di udara.



Sebelum ini RC helikopter pernah singgah di dalam kumpulan hobi pada masa senggang, namun hobi tersebut hanya hadir seketika sahaja. Hingga kini 'pesawat' yang baru dibeli masih tersimpan rapi tanpa melakukan penerbangan walaupun sekali. Pesawat Align Trex 450-pro masih tersimpan bersama radio control Futaba 2.4 Ghz. Mungkin ini merupakan isyarat awal untuk berada dalam dunia radio amatur kerana hobi RC juga menggunakan frekuensi radio. Mungkin juga akan datang pesawat ini diharapkan dapat terbang seiring dengan pesawat radio amatur.

Hingga bertemu lagi dalam siri hobi yang mengisi ruang senggang 9W2BZI........73

2 comments:

  1. salam cikgu ... teringin nk p melawat base cikgu ler. bila free tu.
    rgds; 9w2yzi

    ReplyDelete
  2. nampak jalopy ada di base saya tu...singgah je...

    ReplyDelete