Hari ini Rabu 7 Julai 2010 bersempena cuti umum Pulau Pinang sebagai tapak warisan dunia, kami seramai 9 stesen beramai-ramai menyerang ke kolam ikan keli kepunyaan 9W2MNA di Balik Pulau untuk mendapatkan bekalan ikan segar untuk dijadikan menu pada malam Beach Eyeball Penang 2010 di R&R Bagan Ajam nanti.
Antara yang turut serta pada pagi hingga petang tadi adalah 9W2FZ, 9W2JB, 9W2MTO, 9W2MNA, 9W2LMZ, 9W2WBD, SWAL-SPG, 9W2PDR, dan saya 9W2BZI. Kira-kira jam 10.00 pagi kami tiba di lokasi, kelihatan 9W2FZ sudah mula melabuhkan pancingnya menduga keli mega di dalam kolam 9W2MNA.
Kerja-kerja menarik jaring dimulakan dahulu untuk mencari sasaran ikan yang diperlukan dulu. Hujan kemudiannya turun membasahi kawasan kolam, namun demikian semangat menangkap ikan tidak hilang malah semakin rancak di dalam hujan lebat. Setelah sasaran dicapai, kami memulakan aktiviti memancing pula, ternyata kolam di sini menyimpan begitu banyak ikan keli mega sehingga penat mengayuh kekili pancing.
jaring yang bakal digunakan dalam projek kali ini
9W2MTO sudah bersiap sedia...
9W2FZ awal-awal lagi melabuhkan pancingnya...
9W2LMZ merakamkan gambar sekitar kolam
9W2WBD-Pak Wahab
9W2JB-Mamu Jabar
9W2MTO dan 9W2PDR
jaring sudah bersedia untuk dilabuhkan
9W2FZ setia dengan aktiviti memancing...
9W2PDR menangguk di air keruh...
menduga keli mega dengan kekili Abu
Soron dan rod D.A.M...
perut 9W2PDR sama bulat dengan perut ikan keli tu....
walaupun hujan...hasil tetap memberangsangkan
SWAL-SPG dengan keli mega...
besar punya...
lagi besar...
yang ni kes 'reverse'...masuk ikut pintu belakang...
kes macam ni pun ada....hehehe
tak perlu sabar menunggu....sekejap je sudah mengena..
ikan keli pun mampu buat aksi akrobatik
hujan pun tak jadi masalah...
9W2MTO pun tak lepaskan peluang...
tak larat nak buka mata kail...
orang 'digi'....pun ada...
bulatnya perut dia...
9W2FZ layan guna set 'light' pula
haa....layan Abg. Fadzil.....akhirnya putus....hangit..
puas hati hari ni...
apa yang Abg. Fadzil cari ni...sampai melintas sempadan...
memang syok layan....
9W2MTO sedang mengeluarkan mata kail.....
yang sedang-sedang...
9W2MTO dan SWAL-SPG
orang 'digi' ni penat hari ni....
yang ni saiz tadika...
lihatlah....betapa ganasnya ikan keli di sini
kerja-kerja menjaring...
9W2WBD juga tak lepaskan peluang...
aktiviti yang cukup menyeronokkan...
sekali tarik....tu dia hasilnya
satu badan bau ikan keli...
banyaknya....
9W2FZ dengan ikan keli meganya
9W2PDR pula dengan ikan keli saiz tadika...
ini sesi bonus untuk ikan-ikan keli di sini....kenduri...
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
'jalopy' panjang 9W2MYO-Pak Usop...
semua yang saiz mega ni...
Abg. Pun dan Abg. Fadzil
satu lagi contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
platun 2....
menguji teropong...
kenapa pula 9W2LMZ tepuk dahi.....
Osama ben Mail.....
'testing' balik je 'base station' terus siang dan perap...
dah dipanggang...
marvellous.....memang terangkat....
Pukul 2.00 petang kami menamatkan operasi dan mengangkut hasil tangkapan ke lori, kami bergerak untuk makan tengah hari di restoran peladang. Ikan kemudiannya dibawa ke rumah 9W2LMZ dan akan disiang pada malam ini juga. Sehingga laporan ini ditulis berdasarkan 'monitor' di 145.425 antara yang terlibat datang menyiang ikan adalah 9W2LMZ, 9W2MTO, 9W2PTO, 9W2DHL, dan jika sempat 9W2DGW juga akan turut serta.
Sehingga ketemu lagi....73
Maaf Pak Echo tak dapat turut serta...belum keli sengat kaki dah bengkak...SyAbAs....73
ReplyDeletehehehe....kalau pi juga semalam...kami buat umpan je kaki tu...hehehe
ReplyDeletepergh...sempoi !!!
ReplyDelete