Thursday, July 8, 2010

Acara 'Rewang' Menyiang Ikan Keli-di 'Base Station' 9W2LMZ

Pada malam tadi juga iaitu 7 Julai 2010 jam 10.30 malam ikan-ikan keli yang baru ditangkap siang tadi terus disiang oleh beberapa orang rakan ham di 'base station' 9W2LMZ. Antara yang hadir dan kelihatan dalam gambar ialah 9W2PTO, 9W2WBD, 9W2MTO, 9W2DGW, 9W2LMZ dan 9W2DHL.

Gambar-gambar di bawah dirakamkan oleh 9W2DHL dan telah dikirimkan melalui MMS dan juga email.

Sedikit info mengenai kosa kata 'rewang', mengikut kamus dewan bermaksud gotong-royong sebagai persiapan menjayakan sesuatu majlis (terutamanya majlis kenduri perkahwinan). Semasa saya bertugas di Johor dahulu perkataan ini begitu lazim bila ada sesuatu majlis kenduri.


mungkin ikan keli ini masih hidup....kena pegang dua orang...

ini mesti kes ikan keli melarikan diri.....hangit..

Abg. Mail dan Paksu Mail terpaksa pegang kuat-kuat....licin...

9W2PTO ambil bahagian basuh ikan kot....

kena pegang dua orang...kalau tak ikan lari lagi....

sempat lagi 9W2DGW bergaya dengan keli mega...

lari pulak dah ke......

beginilah suasana mereka menyiang ikan keli sambil diperhatikan oleh 9W2WBD


yeah, besar punye.....9W2DGW kali ni kedua-dua belah tangan...


Terima kasih 9W2DHL atas kiriman gambar-gambar ini, boleh juga menjadi tatapan rakan-rakan yang lain. Dengar khabarnya masih ada lagi lebihan ikan yang belum disiang, mari ramai-ramai malam ini (8 Julai 2010) pula sekali lagi kita 'merewang' menyiang ikan.

Jumpa lagi.....73

No comments:

Post a Comment