Friday, July 2, 2010

Tango-Tango Bersama 9W2HKM

Pada tanggal 2 Julai 2010 berkesempatan pula bertemu rakan dari Kuala Lumpur yang hampir sebulan 'portable' di utara iaitu 9W2HKM-Abg. Hakim. Turut sama semasa tango-tango kali ini ialah 9W2FZ- Abg. Fadzil, 9W2JB-Mamu Jabar, SWAL-ZTB-Abg.Nizam dan saya sendiri 9W2BZI. Bertemu di Farlim dan meneruskan perbincangan di sebuah kedai '786' berhampiran. Selepas itu Beliau bersama-sama Abg. Fadzil dan Mamu Jabar ke Jelutong untuk pekena nasi dalca.

9W2JB-Mamu Jabar kembali aktif dengan radionya sambil diperhatikan oleh 9W2HKM

Abang Nizam tersenyum riang mendengar celoteh Mamu Jabar barangkali...


Terima kasih kepada rakan yang hadir..semoga dapat bertemu lagi dilain kali....73

No comments:

Post a Comment