Sunday, June 27, 2010

Projek Antena 'Homebrew'

Hari ini 27 Jun 2010 tercapai juga hajat rakan-rakan sekitar Georgetown untuk membawa balik antena homebrew jenis yagi 6 element. Antara yang hadir adalah SWAL-SPG-Abg. Salim, 9W2ICQ-Abg. Zam dan SWAL-ZTB-Abg. Nizam. Proses menyiapkan antena ini mengambil masa sehingga 6 jam juga untuk menghasilkan dua antena yagi dan satu antena slim jim. Antena slim jim tersebut merupakan selingan sahaja dalam projek kali ini. Apa pun saya selaku tuan rumah sangat gembira sekiranya dapat mendengar audio rakan-rakan dijaluran hasil daripada projek kali ini.

inilah hasilnya homebrew SPG-Abg. Salim


Ini pula proses untuk menyiapkan satu lagi yagi kepunyaan 9W2ICQ sambil diperhatikan oleh SWAL-ZTB


proses melaraskan element

Inilah hasilnya antena jenis slim jim yang dihasilkan dalam masa kecederaan sahaja...



Kelihatan kedua-dua rakan berbangga dengan hasil kerja tangan mereka sendiri menghasilkan antena homebrew yagi 6 element.
Semoga kita ketemu dalam projek yang lain pula...sebagaimana sabda junjungan kita "sampaikanlah ilmu itu walaupun hanya satu ayat...."
Sehingga ketemu lagi ....73

No comments:

Post a Comment