Bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 27 Mei 2010 jam 10.30 p.m satu lagi pertemuan bersama rakan ham telah diadakan. Kali ini seorang lagi rakan ham dari lokalan Damansara tiba di Pulau Mutiara. Selamat datang 9W2LTM-Abang Ed ke Pulau Pinang. Antara yang hadir pada malam ini termasuklah rakan dari lokalan Kinta 9W2YZR- Abg. Yazar, SWAL-Abg. Nizam (ZTB), SWAL-Abg. Salim (SPG) dan saya 9W2BZI.
Dalam suasana yang begitu mesra bertemu di daratan bersama 9W2LTM tanpa disangka -sangka muncul pula seorang lagi rakan yang membawa radio bersama-samanya duduk di meja sebelah. Setelah diamati rupa-rupanya beliau adalah pemegang 'callsign 9W2KPD-Tn. Mail. Asyik dengan pelbagai topik perbincangan tidak sedar jam telah menunjukkan pukul 12.30 a.m. Abg. Ed bergerak meninggalkan rakan-rakan untuk bertemu seorang lagi rakan yang lain. Terima kasih Abg. Ed yang sudi menjenguk kami pada malam ini. Ada masa ada kelapangan boleh kita bersua lagi.
Eyeball diteruskan lagi bersama 9W2KPD bersama seorang rakan beliau sehingga tuan kedai mengangkat kerusi dan gelas minuman...akhirnya kami bersalam surai kira-kira jam 1.15 am.
Cerita-cerita berkenaan rakan yang 'dipukat' kerana memiliki mobile rig dalam jalopy...nak tahu apa cerita tunggu sehingga anda termasuk di dalam 'pukat'nya...atau tanya sendiri kepada 9W2KPD...
Terima kasih kepada semua stesen yang hadir pada malam ini bagi meraikan tetamu-tetamu yang berkunjung di lokalan kita. Terima kasih juga kepada stesen yang belanja minum..tak QSL siapa yang belanja...semoga dimurahkan lagi rezeki anda...sehingga bertemu lagi...QRT...73
No comments:
Post a Comment