Sunday, May 30, 2010

Mesyuarat Cadangan Eyeball Perdana - Bukit Tengah 29 Mei 2010

Pada tanggal 29 Mei 2010 satu mesyuarat mengenai cadangan untuk mengadakan Eyeball Perdana Rakan Ham Pulau Pinang dan kawasan berhampiran telah diadakan di Bukit Tengah. Cadangan asal mesyuarat akan diadakan di Teratak Usang. Walau bagaimanapun setelah hujan turun membasahi bumi Seberang Perai maka perjumpaan pada malam ini terpaksa dialihkan ke kedai Kelantan untuk tujuan mesyuarat ini.

Perjumpaan bermula kira-kira jam 9.00 malam dengan dihadiri seramai 11 stesen rakan ham. Antara yang hadir ialah 9W2MTO-Pak Su Mail, 9W2PTO-Zul, 9W2LMZ-Abg Pun, 9W2EZE-Abg. Zahirul, 9W2BKC-Abg. Sany, 9W2MSD-Pak Din Tasek, 9W2DGW-Abg. Mail Kulim, 9W2ADN-Abg. Nan, 9W2FA-Cikgu Mizi, 9W2FZ-Abg. Fadzil, dan saya sendiri 9W2BZI.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan cadangan mengadakan Eyeball Perdana Rakan Ham Pulau Pinang dan kawasan berhampiran pada 10 Julai 2010. Tempat yang dicadangkan ialah di Pantai Molek. Acaranya pula adalah berbentuk barbeku di tepi pantai sambil bersua muka di daratan sesama rakan ham. Eyeball Perdana ini juga bertujuan untuk mengumpul semula seberapa ramai rakan ham lama serta baru yang mendiami pancar ulang Bendera mahupun rumah simplex V32(145.400) dan V34(145.425)



9W2LMZ

9W2BKC










9W2FA

Mesyuarat dimulakan dengan dipegerusikan oleh 9W2LMZ

Hidangan malam ini...terima kasih 9W2FA



Anugerah bapa mithali malam ini....9W2DGW

Go head..Pak Su Mail...jangan telan sudu sudah...

9W2MSD

Harmonic 9W2DGW


9W2EZE...mendengar 'last over'...

9W2FZ...lepas ni kena pi Ban Pecah...

Apa yang tak suka Pak Su Mail...

dapat dah jawapan hari ni...kata Abg. Zahirul...Pak Su Mail dok kata macam ni.... " hangit aku malam ni dalam menu takdak susu"







Terima kasih kepada semua stesen yang hadir pada malam ini. Kepada 9W2FA terima kasih atas hidangan juadah pada malam ini...moga dimurahkan rezeki..selepas semua stesen bersurai dimulakan oleh 9W2DGW yang ada urusan. Manakala 4 stesen antaranya 9W2MTO, 9W2PTO, 9W2FZ dan saya sendiri 9W2BZI bergerak ke Ban Pecah. Sehingga bertemu lagi.....QRT...73

No comments:

Post a Comment