Monday, May 24, 2010

Pemasangan Antena di Base 9W2BZI


Pada tanggal 23 Mei 2010 tibalah giliran saya pula menaikkan 'base antenna' jenis omni dengan ketinggian lebih kurang 6o kaki. Projek yang dirancang bersama 9W2MTO kira-kira dua minggu lalu telah disempurnakan oleh 11 stesen rakan-rakan ham semalam. Kumpulan ini diketuai oleh 9W2EZE bersama 9W2MTO & xyl disamping 9w2DD & harmonic (fitri), 9W2KOS, 9W2ICQ, 9W2SNM, SWAL-Abg Salim (SPG), SWAL-Abg Nizam (ZTB), SWAL-Abg Sufian. Kerja-kerja dilakukan seawal jam 9.15 pagi dengan membuat penyambungan antena yang hampir 60% siap. Kerja-kerja menaikkan antena siap kira-kira pada jam 12.45 tengah hari. Walau bagaimanapun kerja penambahbaikan terpaksa dilakukan selepas hujan turun kerana antena telah condong akibat ditiup angin. Hal ini berlaku disebabkan tiada pengikat sokongan di bahagian pangkal tiang antena yang menyentuh lantai konkrit.

Kerja-kerja dilakukan pada peringkat awal...

Proses menyambung antena bahagian atas dan bawah


Proses mengikat kabel RG 58 pada bahagia top dan ground antena


Kabel dikeluarkan dari dalam paip aluminium

9W2EZE membuat kekemasan pada setiap sambungan (connector)

Beginilah hasilnya....macam dari kilang



Bacaan pada SWR meter....dilaraskan oleh 9W2EZE bersama 9W2MTO


Kelihatan 9W2EZE sedang membuat ujian Tx menggunakan SWR meter

Ini pula kerja-kerja membuat 'telescopic' tiang sokongan antena

Habis...stesen yang hadir terkena racun oleh FT-817ND yang dibawakan khas oleh 9W2ICQ


Lihatlah...kehebatannya...

Sementara itu kerja-kerja menyiapkan 'telescopic' diteruskan oleh 9W2MTO dan 9W2SNM.


Lihatlah...hasilnya

Proses menyambung ke 'connector'




Kerja-kerja penyambungan hampir siap dan sedia untuk dinaikkan


Kerja menyambung antena dengan 'telescopic' dijalankan oleh 9W2EZE dan 9W2KOS

Tuu..dia...panjangnya...

Alhamdulillah...siap...silakan jamah juadah yang tak seberapa ni...




Masing-masing tersadai...

Inilah hasilnya...

Akhirnya dapat juga membuat penambahbaikan...yang lama di sebelah tu tetap tidak dilupa...

Beginilah rupanya...bergaya di udara...

Ini pula ikatan sementara di pangkan 'telescopic'


Terima kasih daun keladi, ada perubahan mai pekena bubur kacang lagi.... Ucapan ribuan terima kepada semua stesen yang hadir dalam kerja-kerja pemasangan 'base antenna' di 'base station' saya. Apa yang terkurang semasa berada di rumah saya semalam maaf dipohon sekali lagi.....sehingga bertemu lagi....QRT......73

1 comment: