Monday, March 25, 2013

Cadangan Skrip Mengendalikan 2 Meter Net




Mutiara Net
Setiap Ahad jam 9:00 malam

Mega berarak indah berbalam
Dipuput bayu ke pohon ara
Pemanis kalam selamat malam
Awal Bissmillah pembuka bicara

...sebelum saya memulakan acara elok kiranya saya menjemput Tuan Pengurus Astra Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan sepatah dua kata...

Duduk sekawan gadis jelita
Buat santapan untuk pahlawan
Tampillah tuan kami meminta
Madah ucapan kata aluan

...dipersilakan 9W2SOB atau wakilnya... 9W2BZI net controller standing by over..

Terima kasih Pak Ndak 9W2SOB ..9W2BZI net controller returning...

Pengenalan 
Acara 2 meter band net ini diadakan adalah bertujuan untuk menilai, menguji, dan memastikan keupayaan, perkakasan peralatan radio transciever yang kita gunakan masih berfungsi dengan baik. Sehubungan itu adalah diharapkan agar rakan-rakan dapat memberi laporan audio dalam bentuk [Readability&Signal Strength&Tone] ketika dipanggil oleh net controller dengan menyatakan jenis transciever, kuasa pemancaran, sistem antenna serta QTH pemancaran terkini.  Selain itu, acara net ini juga dapat mengaktifkan callsign anda dengan memberi pengenalan diri kepada rakan-rakan yang memantau, sehubungan itu anda diminta supaya menyebut nama anda semasa menjawab panggilan daripada net controller. Walau bagaimanapun anda juga boleh menyampaikan sebarang info yang difikirkan sesuai dan membawa manfaat kepada rakan-rakan amatur.

Renungan:
Ucapan Saidina Abu Bakar r.a ketika dilantik menjadi khalifah:

“Saudara-saudara, aku diangkat menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik di antara kamu semua. Untuk itu, jika aku berbuat baik, bantulah aku. Jika aku berbuat salah, luruskanlah aku. Sifat jujur itu adalah amanah, sedangkan penipuan itu adalah pengkhianatan.

Janganlah di antara kamu meninggalkan jihad, sebab kaum yang meninggalkan jihad akan ditimpa kehinaan daripada Allah swt. Patuhilah kalian kepadaku selama aku mematuhi Allah dan Rasul-Nya. Jika aku menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka tidak ada kewajipan bagi kalian untuk menghormati dan mematuhi aku…”

Sehubungan itu, jika seseorang itu ingin maju ke hadapan maka seseorang itu harus sedia menerima teguran...tetapi..bagi yang menegur pula tegurlah dengan cara yang paling berhemah tanpa menjatuhkan air muka dan keaiban orang yang ditegur...oleh demikian adalah lebih baik jika teguran tersebut tidak didengar oleh orang ramai ...amalkan dengan menghantar sms atau terus menghubungi seseorang itu...

Sebelum saya memulakan acara, suka saya tinggalkan disini nombor telefon bimbit saya untuk rakan2 yang ingin turut serta tetapi gagal memancar ke pancar ulang. Talian ini juga dibuka untuk rakan SWL yang ingin turut serta...sila tinggalkan pesanan ringkas atau SMS anda ke nombor ini...0125138479

Acara bermula:
QRZ QRZ QRZ cq cq cq memanggil mana2 rakan yang berkelapangan dan berkesudian untuk turut sama dalam acara 2 meter band Mutiara Net di 9M4RBB...saya selaku net controller anda memegang callsign 9W2BZI handle operator cikgu ruzi standing by over...

Saya menerima sebanyak -- stesen pada pusingan yang --- ini. Stesen mobile akan dipanggil terlebih dahulu diikuti dengan stesen portable dan diikuti dengan stesen base...diharap kepada stesen yang tersenarai dapat bersabar dan kekal di dalam frekuensi sehingga callsign anda dipanggil..,

Sila kan 9w2--- dengan sebarang info, nyatakan handle operator, kuasa pemancaran, jenis transceiver, sistem antenna, QTH terkini dan sebagainya..9W2BZI net controller anda... assalamualaikum 
go head/ standby over..

Waalaikumussalam...dikembalikan kepada anda [nama] 9W2--- 9W2BZI net controller anda returning...terima kasih [nama] atas penyertaan anda dalam acara Mutiara Net pada malam ini..saya menerima anda dalam readability [?] / Readability & Signal Strength 5 dan 9 di transciever saya ini...[terima kasih dan segala informasi anda dipantau terus oleh rakan2 di 9M4RBB]...saya tinggalkan anda sebagai pemanggil yang ke -- dan 73 mengiringi anda jumpa dan jumpa lagi...

Penutup
Terima kasih diucapkan kepada rakan2 yang turut serta dalam acara 2 meter band Mutiara Net di 9M4RBB pada malam ini...sekiranya ada terkasar bahasa  terlanjur bicara, terguris rasa, semasa saya mengendalikan acara net pada malam ini...sepuluh jari disusun, ampun dan maaf dipinta..

Dari Kedah ke Pekan Sari
Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi

...sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah daripada saya sendiri..dengan ini saya membuka kembali frekuensi ini seluas-luasnya untuk digunapakai oleh rakan-rakan...saya 9W2BZI meninggalkan frekuensi...73 Assalamualaikum..,

4 comments:

  1. Saya buat 2 meter net semalam di 9m4rbc. Saya puji contoh skrip diatas. Syabas cikgu ruzi.....

    Namun lenggok semua orang tak sama. Saya ada lenggok saya sendiri.... Saya berpendapat.... tak kira kenderaan apa dan jalan mana yang digunakan, matlamat hanya satu... sampai tempat yang dituju.

    Ada 2 3 yang menegur saya dalam bab2 remeh.... sampai tanya apa maksud info trafik, lepas tu suruh orang check net cakap itu dan ini. Saya ignore saja. Saya anggap dia just nak tunjuk pandai, sebab dia 'senior' dan sebab ada 9M2. Sebab klu dia betul2 ikhlas menegur, dia akan kol saya. Tak menjatuhkan air muka saya di repeater. Saya jadi net controller atas permintaan, bukan volunteer buat. Dan saya tak offer pun diri saya untuk jadi net controller.

    Dulu2 saya kerap jadi net controller di Transnasional sekitar tahun 2005 dan 2006. Justeru pada saya, yang penting semasa check net, callsign, nama, lokasi pemancaran dan signal report audio saya yang dia terima. Klu dia nak sebut pakai antenna apa, ketinggian antenna, watt pemancaran, radio apa dan lain2, saya tak kisah dan takkan halang dia nak cakap semasa check net. Semua rakan ham dah tau apa yang diperlukan di info kan semasa check net so tak perlu nak ingatkan selalu. Mereka bukan budak2, dah pangkat ayah dan atuk saya. Klu info yang saya nak tak dpt, e.g. signal report, then barulah saya minta.

    QRT, 73, 9W2CCP

    ReplyDelete
  2. Saya baru belajar dlm dunia net ni..mohon tunjuk ajar..info2 yg diberikan sgt berharga..

    ReplyDelete