Monday, August 2, 2010

Hamfest Malaysia 2010 - Menara Kuala Lumpur

Bersempena Hamfest Malaysia 2010 bertempat di Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 Julai dan 1 Ogos 2010 seramai 36 orang pelajar sekolah bersama 4 orang guru pengiring tiba di tapak pameran pada hari kedua. Walaupun pada asalnya tiada dalam aturcara untuk ke sini tetapi setelah perbincangan dibuat bersama pihak penganjur lawatan sambil belajar, mereka bersetuju untuk meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama di Hamfest Malaysia 2010 ini.

Pelajar-pelajar dari SMK Haji Zainul Abidin, Pulau Pinang begitu bertuah kerana dapat bersama-sama dalam acara ini dan terus berpeluang ke bahagian pameran di tapak C iaitu di atas Menara Kuala Lumpur.

bergambar kenangan di hadapan 'mega banner' HF2010


pengalaman di atas Menara Kuala Lumpur

suasana bandar raya dari atas menara


bersama pelajar-pelajar

suasana di dalam bilik pameran C




antara tetamu yang turut serta mendengar ceramah berkaitan radio amatur




pengarah HF2010 9W2GOD


veteran ham radio..9M2GJ dan 9M2FK


9M2RR...

9M2GJ...

9M2FK...

siapakah pemilik 'handle operator'ini.....

inilah orangnya 9W2OOS

ini pula penasihat HF2010 9M2YRS

9W2CSE

bergaya dengan radio di atas menara...

rakan-rakan V38 berkampung di sini

bersama rakan-rakan V38



akhirnya pelajar-pelajar meninggalkan Hamfest Malaysia 2010 untuk meneruskan program lawatan seterusnya...

Terima kasih kepada penganjur...kepada 9W2BJR-abang azman, 9W2FZ-abang Fadzil dan 9W2LST-abang azlee yang membantu semasa memasuki tapak pameran...

Jumpa dan jumpa lagi....73

2 comments: