Monday, March 28, 2011

Memancing + Panggang Kambing di Pulau Aman.

Rasanya lama sungguh tidak menyapu sawang dan mengemas di laman blog ini disebabkan QRL dengan pelbagai tugasan...sekembalinya ke laman ini adalah sedikit hidangan buat tatapan rakan-rakan ham yang sering mengunjungi ke sini.

Baru-baru ini tanggal 26 Mac 2010 (Sabtu) seramai 14 stesen berada di Pulau Aman bagi mengikuti program memancing sambil memanggang kambing di base 9W2MNP..

Namun begitu trip kali ini...ke Pulau Aman bersama Rakan Ham...DSLR tidak dibawa sebab hendak menumpukan kepada aktiviti memancing...antara yang hadir ialah 9W2MNP, 9W2SOB, 9W2MSD, 9W2HRR, 9W2DHL, 9W2FZ, 9W2PTO, 9W2MTO, 9W2ZPC, 9W2TGS, 9W2MFT, SWAL-PakTih, 9W2BZI, 9W2PDR (bersama famili pada hari akhir)....Aktiviti yang dijalankan antaranya: 1)panggang kambing, ayam,ikan, ketam, dan apa saja yang boleh dipanggang... 2)memukat.... 3)menjala... 4)memancing dari atas jeti... 5) memancing atas bot... 6)bersiar-siar di Pulau Aman.... 7)ish..ish banyak sangat aktiviti....pendek kata...siapa tak pi...rugi....

Gambar-gambar dibawah tidak mengikut kronologi kerana gabungan daripada hasil rakaman lensa rakan-rakan, antaranya daripada 9W2SPG. Namun demikian gambar-gambar ini dapat mengambarkan apa yang berlaku di Pulau Aman semasa rakan-rakan ham berkampung di sana.

hasil tangkapan hari terakhir....terus masak gulai...

kelihatan 9W2HRR, SWAL-PakTeh, 9W2ZPC, 9W2DHL

siakap 3kg ++....siapa tidur awal....tak merasa la...

siap disiang untuk dibakar....

9W2ZPC-abg zahari sedang menyiang ikan bersama 9W2DHL

9W2DHL

suasana di dalam rumah 9W2MNP...memang selesa...kelihatan 9W2TGS dan SWAL-PakTeh


sedang menyiang ikan..

kambing panggang....pergh...marvelous!


ketam bunga yang berjaya dipancing

menjala udang untuk dijadikan umpan...

SWAL-PakTeh

9W2SPG dengan ketam yang dipancing...

9W2FZ...satu paha kambing ni dia seorang je...

makan tengah hari....ada bersama 9W2PDR dan famili...

memang sedap....cerah dan licin....

9W2PDR bersama famili






9W2SOB sedang memerhati sama ada kambing dipanggang mengikut piawaian..


suasana di atas bot...


tekong 9W2MNP dan 9W2DHL

9W2MSD

udang besar....3 ekor satu mangkuk...

pekena kambing bakar...9W2ZPC,9W2BZI, 9W2DHL

SWAL-PakTeh, 9W2TGS, 9W2HRR

kambing dah selesai satu paha...ikan pulak...




bersantai...9W2PTO, 9W2BZI, SWAL-PakTeh, 9W2MSD, 9W2MNP
9W2MNP dan 9W2TGS-Cikgu Shah


9W2MTO, 9W2MSD, 9W2MNP

Pulau Aman.....kami akan datang lagi....

trip pada sebelah siang....panas...

menjala...9W2TGS dan SWAL-PakTeh



sarat muatan....

meriah di atas bot 9W2MNP....


Terima kasih kepada 9W2MNP yang menyediakan tempat dan segala kemudahan...9W2SOB..kambing bakar....dan yang mengusulkan segalanya dari awal lagi 9W2PTO...hingga ketemu lagi di lain aktiviti......73

No comments:

Post a Comment