Sunday, August 14, 2011

Majlis Berbuka Puasa Astra Negeri Pulau Pinang

Tanggal 13 Ogos 2011 merupa satu lagi detik bersejarah buat rakan-rakan ham Pulau Pinang kerana telah berjaya melaksanakan satu program amal bersama Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pelbagai cabaran dan ujian diterima oleh pihak jawatankuasa dalam melaksanakan tugasan mulia ini. Namun amanah yang diberi dipikul bersama dan terbukti kata pepatah "berat sama dipikul ringan sama dijinjing", "ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni" menjadi tonggak kesepakatan di antara rakan-rakan ham Pulau Pinang.

Pertemuan demi pertemuan, mesyuarat ke perbincangan tidak formal, Char koay teow, seafood sampai ke gerai aneka siput, gerak kerja di susun, sama-sama bertindak mencari dana dan sumbangan mahupun berbentuk wang ringgit atau barang-barang keperluan harian dikutip dan dikumpulkan. Alhamdulillah...berkat usaha semua rakan anggaran sumbangan dan dana bernilai RM5000.00 berjaya dikumpulkan dalam masa kurang daripada satu bulan.




barang-barang sumbangan tiba di lokasi
jalopy pengurus negeri menjadi mangsa
disusun rapi
kurma juadah berbuka
barang-barang keperluan harian
9W2RFD, 9W2PTO, 9W2PDR
SWAL-Bob mengawal trafik dan memandu arah
hah...macam mana ni dah dibuka...
sumbangan daripada PDRM....terima kasih daun keladi..


ayam rendang....
daging...
dalca...
9w2FZS bersama 9W2FZQ membantu di ruang makanan
gelagat kanak-kanak di rumah kebajikan ini
gaya..
lagi bergaya...hikhikhik
kanak-kanak menunggu waktu berbuka

rakan Kepala Batas tiba
9M2SO
acara memakai sampin
bersiap sedia ke dewan makan

hampeh...nak pakai sampin pun tak reti rupanya..
suasana di dalam dewan...

rakan-rakan ham Pulau Pinang
pengacara majlis (9W2RFD)
Pengurus Astra Negeri (9W2SSOB)


bakal calon....hikhikhik

9W2EZR, 9M2MGL
jejaka idaman
persediaan rapi
tentatif program
Jawatankuasa Astra Pusat 9W2KRE

rakan-rakan Perlis
Juadah menyelerakan...
inilah juga hidangan buat kanak-kanak...

Timbalan Presiden 1 (9W2OOL)
9W2DHL
solok lada...homebrew daripada 9W2PTO

penyeri majlis...


kanak-kanak menunggu waktu berbuka...berlatarbelakangkan sumbangan..
9W2OCY
9M2AMZ





melayan kanak-kanak yang kurang bernasib baik..


9W2VIG melayan kanak-kanak menunggu waktu berbuka


VIP bodyguard...

penyampaian duit raya dan "jajan"
9W2HLM




Pengurus Astra Negeri Perlis (9W2FZE)






9W2MSO

Pengetua Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti menerima sumbangan

antara yang terlibat


bergambar kenangan bersama kanak-kanak



Apa pun sekalung tahniah dan seribu pujian kepada rakan-rakan yang terlibat menjayakan program amal ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang hadir mahupun dari dekat atau jauh. Niat yang murni ditambah dengan usaha yang gigih program ini akhirnya berjaya direalisasikan. Sehingga berjumpa di program yang akan datang......73.

1 comment: