Tuesday, March 29, 2011

Penyamun oh Penyamun

Dah dikatakan penyamun...kadang-kadang orang panggil pencuri....di utara dipanggil 'kawaq'...'Kawaq' ni memang kerjanya mencuri....di kampung dulu-dulu curi ayam, curi telur ayam, sampai curi lembu pun ada. Kata orang 'kawaq' ni ada 'pakai' juga, mana tidaknya datang ke rumah orang malam-malam ayam tak berketuk lembu tak menguak...senyap dan sunyi tengok keesokannya habis dikebas.

Teringat lagu ini dipetik dari filem Nujum Pak Belalang

Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun di dalam ini negeri
Kerja merompak mencilok dan mencuri
Tidak memilih mas intan kerbau sapi
Asal yang boleh ku bawak lari
Kami penyamun
Penyamun

Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun cukup berilmu kebal
Pasal mencuri terkenal paling handal
Ayam dan itik semua kami bedal
Siapa melawan ku tunjal-tunjal
Kami penyamun
Penyamun


Itu cerita 'kawaq' di kampung, kalau di pekan di bandar bagaimana pula. Ada pakai-pakai juga ke...mungkin pakai baju dan seluarlah kot. tapi pelik juga kenapa hampir tiga ke empat bulan ada sahaja barang hilang. Depan pintu pagar ada pak guard, ada jaga, ada security guard ntah macam-macam orang panggil kepada profesion ini. Balik-balik copper lightning hilang..ganti...empat bulan hilang lagi....ganti lagi...hilang lagi...

Tetapi hari ini ada kelainan sedikit apabila rakan yang menyedari ada sesuatu telah hilang....copper lightning hilang lagi..."di mana, tang mana..blok mana?", masing-masing cuba bertanya. Kali ini bangunan makmal komputer menjadi sasaran..di sinilah juga terletaknya antenna base untuk 9M4CZA. Tidak pernah bangunan ini diceroboh, namun kali ini mereka semakin mengganas....makmal komputer mula diredah...akhirnya semua copper di makmal komputer telah hilang...yang peliknya antenna radio juga diangkut sekali...tetapi disembunyikan di atas pokok gajus/janggus... Apa motifnya tak QSL mungkin tak boleh dibawa keluar atau difikirkan tak tahu nak jual di mana....

tinggal coaxial je....

diamond BC100


bengkok....kena bagi kursus buat antenna ni...

patutla Tx tak lepas....atas pokok gajus/janggus rupanya..



pucuk janggus berulamkan antenna..

tinggal tapak je...

Apapun syarikat keselamatan terlibat akan menggantikannya semula...mungkin selepas tiga atau empat bulan akan datang perkara ini akan berulang kembali....kerana ianya sering begitu....QRU....73

1 comment:

  1. kawaq tu dah berjangkit kat sana lak...coax saya pun baru-baru ni kena calaih..la pakai coax 70ohm astro dulu lah...maaf kalau audio tak lawa

    ReplyDelete