Thursday, June 17, 2010

Tango-Tango Bersama 9W2RSI-Pak Rosli dari Kelantan

Bertempat di Berjaya Tom Yam Jalan Datuk Keramat pada 16 Jun 2010 jam 10.00 malam kami bertemu pula dengan 9W2RSI-Pak Rosli dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau tiba di Pulau Pinang dalam urusan "cuti-cuti Malaysia" .

Antara rakan yang tiba meraikan Pak Rosli pada malam ini terdiri daripada 9W2ICQ, 9W2SNM, SWAL-SPG, SWAL-ZTB dan saya 9W2BZI.



9W2RSI bersama teman baru....




Terima kasih Pak Rosli 9W2RSI yang sudi ber'tango-tango' bersama rakan-rakan ham Pulau Pinang...insyaAllah ada masa dan kelapangan kita boleh ketemu lagi........73

Wednesday, June 16, 2010

Tango-Tango Bersama 9W2ZHL-Cikgu Yus dari Perlis

QRL dengan pelbagai tugasan pada musim cuti sekolah ini sehinggakan tidak sempat untuk mengemaskini laman blog ini. Pada 10 Jun 2010 yang lalu bertempat di 'base station' saya satu perjumpaan bersama 9W2ZHL-Cikgu Yus dari lokalan Perlis telah diadakan pada jam 10.00 malam. Cikgu Yus telah berada di Pulau Pinang selama seminggu atas urusan 'saltmine' sebagai jurulatih negeri pasukan kriket Negeri Perlis. Beliau bersama rakan-rakan telah ber'portable' di SMT TARP selama berlangsungnya kejohanan kriket MSSM peringkat kebangsaan.

Antara rakan ham yang turut hadir pada malam tersebut ialah 9W2DD, 9W2MTO, 9W2SNM, SWAL-ZTB, SWAL-API, SWAL-RMA, SWAL-SPG, SWAL-LEP, SWAL-XVX dan saya 9W2BZI.



SWAL-LEP -Abg Li


Apa yang melucukan sangat ni...Abg Nizam


Inilah tetamu kita 9W2ZHL - Cikgu Yus




Segala kekurangan semasa melayan rakan-rakan saya pohon kemaafan...Semoga kita ketemu lagi, terima kasih sekali lagi kepada semua rakan yang hadir sebagai meraikan rakan ham dari Perlis Cikgu Yus 9W2ZHL. ......73

Monday, June 7, 2010

Suasana Pilu Menyelubungi 9W2ZKI-Abang Zuki


Semalam 6 Jun 2010 Ahad jam 9.00 pagi, saya sekeluarga bertolak ke Sungai Besar, Sabak Bernam untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan xyl. Perancangan telah dibuat hampir tiga hari sebelumnya, namun entah mengapa pada malam sebelum bertolak xyl bagaikan ingin membatalkan hajatnya untuk ke majlis tersebut. Namun demikian pada keesokan harinya saya sekali lagi mengajak xyl untuk ke majlis tersebut. Akhirnya keputusan dibuat dan kami meneruskan perjalanan ke Sungai Besar lewat jam 9.00 pagi.

Sebaik sahaja radio dibuka 9W2SOB di samping 9W2ESN menyambut panggilan di Bendera dan QSO berlarutan hingga ke Juru. Di sana 9W2EZE mengambil laluan dan menyampaikan info mengenai xyl kepada 9W2ZKI telah kembali ke rahmatullah dan jenazah masih lagi berada di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang. Tersentak mendengar berita tersebut dan sememangnya saya sedang menuju ke lokasi yang sama.

Perjalanan diteruskan hingga tiba di lokalan Sungai Besar. Penalaan radio dibuat untuk mencari-cari jaluran yang menyampaikan info terkini mengenai jenazah. Akhirnya setelah menghantar SMS kepada beberapa orang rakan dan dibantu oleh rakan-rakan di V24, frekuensi repeater 9M4RBC telah dilaraskan. Mendengar laporan mengenai info terkini dari jaluran berkaitan pergerakan konvoi di Hospital yang menunggu untuk membawa pulang jenazah.

Setelah selesai ke majlis perkahwinan, saya terus menuju ke Parit 3 Sungai Hj. Dorani. Di sana beberapa orang rakan telah bersiap sedia untuk memberi panduan kepada mana-mana stesen yang ber’mobile’ ke tempat kejadian. Ketika sampai di sana jam di tangan menunjukkan pukul 3.30 petang manakala jenazah tiba jam 5.30 petang.

Suasana pilu menyelubungi para tetamu apabila jenazah tiba di perkarangan rumah mentua 9W2ZKI ditambah pula apabila melihat anak bongsunya mendakap erat Abang Zuki sambil menangis teresak-esak di pangkuannya bagaikan tercari-cari ke mana pergi ibunya. Hati saya tersentuh melihatkan suasana tersebut tanpa disedari air mata jatuh jua setelah lama bergenang di kelopak mata. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…..

Kisahnya sebagaimana yang disampaikan kepada saya berlaku pada pagi yang hening apabila berita disampaikan dari Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Kelang mengatakan xyl kepada rakan yang memegang callsign 9W2ZKI telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir… Sehari sebelumnya dikhabarkan bahawa arwah bersama dua orang anaknya membonceng motosikal yang ditunggang oleh adiknya tidak dapat dikawal setelah tayarnya pecah. Arwah bersama anak-anaknya terhumban ke jalan dan dilanggar pula oleh sebuah lagi motosikal yang datang dari arah bertentangan… Akibatnya arwah mengalami kecederaan serius di kepala manakala anaknya yang berumur 6 tahun (kalau tidak salah) juga mengalami kecederaan dan masih dirawat di Hospital Teluk Intan. Walau bagaimanapun anak bongsu dan adiknya yang menunggang motosikal hanya mengalami kecederaan ringan. Kisah menjadi pilu lagi kerana Abang Zuki tiada di lokalan semasa kejadian ini berlaku dan dikhabarkan bahawa beliau sedang berkursus di luar kawasan ketika itu. Apa yang menyedihkan lagi apabila mendapat tahu bahawa beliau telah kehilangan tiga orang anaknya serentak pada kira-kira dua tahun lalu kerana lemas di tali air. Kini ditambah pula dengan dugaan yang amat besar….salam takziah buat 9W2ZKI dan Al-Fatihah buat arwah….semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh dan dicucuri rahmat……amin.



Lokasi di Parit 3 Sg. Hj. Dorani

Antara rakan yang tiba awal di lokasi 9W2APH-Cikgu Fauzi, 9W2VSI-Abg Syamin, 9W2VDY-Abg Rudy, 9W2SBK-Abg Saiful, 9W2VZD-Abg Zaid, 9W2VVH-Cikgu Husairi, 9W2ODC-Abg Baihaqi, 9W2KIZ-Abg Azman, 9W2ALZ-Abg hazali, 9W2BTK-Ust Mohamad, dan saya 9W2BZI

9W2VZD-Abang Zaid, menjadi juru pandu arah di V24

Antena yang di pasang di lokasi oleh 9W2APH

Kelihatan kereta jenazah dari lokalan menunggu jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan

Suasana pilu menyelubungi ruang tamu ini...menanti kepulangan penghuninya buat kali terakhir...




Menunggu ketibaan konvoi membawa jenazah

Bagi yang ingin menziarahi boleh jadikan tiang ini sebagai 'landmark'

Kelihatan konvoi dari Hospital telah tiba

Inilah van membawa jenazah..


Kelihatan 9W2ZKI berada di tempat duduk hadapan van...


Jalopy 9W2DMG yang turut menyertai konvoi



Kelihatan sugul...9W2ZKI


Jenazah dibawa masuk ke rumah


Tok Megat sedang memperkatakan sesuatu






Lihatlah anak kecil ini dipangkuan ayahnya....

Portable antena diturunkan



Setelah disembahyangkan...





Salam takziah sekali lagi buat keluarga arwah....
Kepada rakan yang hadir...semangat keakraban yang ditunjukkan sangat tinggi.


Thursday, June 3, 2010

Pelarasan Semula Repeater Sg. Petani-Local (9M4LGJ) dan Repeater Larut (9M4RBL)

Melalui info dari laman blog Pak Jang Fadzil-9W2PJF Frekuensi Local Repeater Sg. Petani (9M4LGJ) dilaraskan sekali lagi kepada 147.6125 Mhz dengan shift -0.600 dan Tone 85.4 Hz. Manakala bagi Repeater Bukit Larut pula (9M4RBL) telah dilaraskan kepada 147.9250 Mhz dengan shift -0.600 dan Tone 103.5 Hz. Walau bagaimanapun sehingga laporan ini dicatatkan repeater 9M4RBL masih belum boleh digunakan.

Segala maklumat yang diterima adalah tidak rasmi. Pengunjung boleh mendapat maklumat lanjut dari laman http://www.astra.org.my untuk sebarang maklumat terkini.....terima kasih.....73