Thursday, June 24, 2010

Eyeball Bersama 9M2BA, 9M2BW dan 9W2GPS

Pada hari ini 24 Jun 2010 saya bersama rakan SWAL-ZTB-Abang Nizam berkunjung ke USM menemui 9M2BA dan 9M2BW kira-kira pada jam 3.30 petang. Kunjungan kali ini bagi menjemput kedua-dua 'oldsign' kita ini ke majlis mega eyeball pada 10 Julai 2010 nanti. Terlanjur bertemu mereka pelbagai topik dibincangkan berlarutan hingga ke pukul 5.00 petang.

Selepas keluar dari USM kami bergerak pula ke Bayan Lepas untuk bertemu dengan 9W2GPS. Sekali lagi kami menyampaikan amanat untuk menjemput Pak Din Star kita ke majlis mega eyeball yang akan berlangsung di R&R Bagan Ajam (LLB) nanti.

9M2BA-Pak Lang sedang memerhatikan handheld saya...



Inilah gambar terkini 9M2BA

Ini pula 9M2BW

Bergambar kenangan bersama mereka


Kami dibawa melihat projek di dalam makmal fizik..

Tu..dia...pilih nak buat yang mana...


9W2GPS




Memang kena dengan minat saya...radio dan kamera...kena dengan gayanya pula sama-sama 'bertali merah'. Lama juga kami di sini bersama dengan 9W2GPS berlarutan hingga ke pukul 7.00 petang. Sehingga ketemu lagi.....73

Wednesday, June 23, 2010

Antara 'Biadap' dan 'Beradab'


Siapa dahulu radio atau cikgu? Persoalan ini berlegar-legar jauh di sudut hati..bagaikan pemancaran yang dibuat tidak mencapai pancar ulang, sayup-sayup kedengaran. Tetapi persoalan ini masih berlegar-legar hingga ke hari ini. Ini yang dikatakan madu diberi tuba dibalasnya. Sememangnya pelik jika difikirkan dan mungkin sukar difikirkan, kalau difikirkan pun akan bertambah lagi kekusutan.

Orang memberi kita menerima, begitulah adat yang adapun tapi kalau yang memberi tidak ikhlas yang menerima sudah tentu menerima sahaja. Sama sahaja ikhlas atau tidak yang menerima tetap menerima. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya di mana hujung pangkalnya, apa ceritera sebenarnya.

Kisahnya bermula apabila ada penyumbang yang menyumbang dan membolehkan kelab berkembang. Malangnya penyumbang tidak menyumbang secara seimbang....ah, susah benar berkata-kata bermadah berkias hanya menambah rasa cemas gusar dan mungkin masej gagal disampaikan.

Ramai mungkin QSL dengan penyumbang radio kepada sekolah-sekolah. Pihak sekolah amat berbesar hati di atas sumbangan tersebut. Satu rig dan tiga handheld namun pada peringkat awalnya pihak penyumbang tidak membenarkan peralatan tersebut disimpan di sekolah kerana dengan alasan tiada guru memiliki AA. Pengetua menggesa saya agar cepat-cepat mendapatkan AA agar peralatan tersebut dapat disimpan di sekolah walaupun AA sekolah telah didaftarkan oleh mereka tetapi hanya sekolah diberi salinan melalui email. Disebabkan QRL dengan pelbagai tugasan saya hanya memberi laluan kepada pelajar-pelajar untuk menduduki RAE terlebih dahulu dan akhirnya dua orang pelajar telah lulus RAE tersebut mendahului gurunya. Namun begitu rasa bangga seorang guru tetap ada apabila ada pelajarnya lulus walaupun mungkin atas usaha sendiri pelajar tersebut .

Harapan kembali cerah agar peralatan tersebut dapat dikekalkan di sekolah kerana pelajar telah memperolehi AA. Namun harapan tinggal harapan sehinggakan pihak sekolah hendak membuat 'tagging' bilangan perolehan dan "HAK KERAJAAN" untuk rekod stok inventori juga tidak dapat dilakukan. Sehinggalah saya sendiri memiliki AA barulah peralatan tersebut dihantar untuk di'tagging' namun ada sebahagian tidak dipulangkan.

Sedikit imbas kembali..sebelum saya mendapat AA hubungan antara penyumbang masih baik, jika ada perkara perlu dibincangkan mudah sahaja dihubungi. Pada awalnya untuk mendapatkan AA ada juga saya meminta pertolongan mereka untuk mencari dua orang pemegang AA Kelas A tetapi saya tidak menemui mereka sebaliknya saya menemui 2 orang lama dalam ASTRA di USM. Tiba-tiba sahaja mereka megetahui saya sudah ber'callsign'. Namun mereka masih lagi mempelawa saya ke 'eyeball' bersama mereka tetapi beberapa kali lagi saya tidak memenuhi undangan mereka. Tiba-tiba lagi, audio saya kedengaran di merata-rata jaluran ASTRA.

Kelas kokurikulum Kelab Radio Amatur Sekolah diteruskan seperti biasa bagi memenuhi arahan tugas dan juga hobi. Namun masalah timbul apabila sebahagian peralatan penting yang dinyatakan tadi masih dalam simpanan mereka dan tidak dipulangkan. Sudah berkali-kali diminta dan bagaikan sudah lali setiap kali berselisih dengan Tuan Pengetua beliau bertanyakan hal demikian.."mereka sudah hantar atau belum"... Sebelum cuti persekolahan baru-baru ini mereka sudah berjanji untuk menghantar tetapi janji tinggal janji. Handheld semakin kehilangan kuasa. Lantas terus mencapai telefon dan menghubungi mereka..malangnya setelah berpuluh-puluh kali memanggil namun tiada jawapan balas diterima. Sebelum ini pelbagai alasan diberi outstation, oversea dan pelbagai lagi...

Akhir sekali saya menerima SMS daripada 'ex-student' yang memiliki AA tadi mengatakan "sorry, i at class, anything?"..saya QSL bahawa beliau sedang belajar di sebuah kolej swasta ketika ini.. dengan nada lembut meminta maaf sekiranya menganggu cuma nak tahu bila peralatan tersebut akan dipulangkan. Setelah selang 14 minit tiba pula SMS ini yang menjelaskan maksud tajuk 'post' kali ini "Antara Biadap dan Beradab"..pelajar ini adalah 'ex-student' dari form 1 hingga form 5. "Why suddenly need? i recently being warning by old hams tht out there hv a lot of pirates, n they are on project to catch pirates".

Berderau darah membacanya..adakah ayat ini dari my ex-student or came from another persons? Siapa lanun? mana lanun? berapa ramai lanun? kenapa lanun? Adakah saya ini lanun? (Saya ada AA maa...) Saya minta peralatan yang belum diberi bukan cerita tentang lanun. Soalan kenapa dengan tiba-tiba (why suddenly.....) ini juga membuatkan darah saya mendidih..sudah berbulan diminta kemudian tanya kenapa tiba-tiba....hampeh..memang jenis tak pandai berbahasa apatah lagi berbudi bahasa. Inikah yang dikatakan Satu Malaysia apatah lagi Satu Rakan Ham Sedunia....

Persoalan timbul..Adakah sumbangan tersebut hanya boleh digunakan oleh ahli kelab ham tertentu sahaja, adakah AA yang diberi hanya boleh digunapakai oleh ahli persatuan ham tertentu sahaja, adakah persatuan ham tertentu berkuasa lebih daripada SKMM untuk menangkap lanun.

Ingatlah kepada penerima-penerima sumbangan daripada penyumbang-penyumbang ini agar berhati-hati dan berwaspada. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan "Antara Biadap dan Beradab"

Sunday, June 20, 2010

Sekitar Mesyuarat Kali Ke-2 Beach Eyeball Penang 2010 - D'Kelantan Bukit Tengah

Pada malam 19 Jun 2010 bertempat di Bukit Tengah sekali lagi mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai program Beach Eyeball Penang 2010.

Pertemuan kali ini menjadi cukup bermakna apabila di akhir mesyuarat kami menerima kunjungan pelopor ASTRA iaitu 9W2AX - Pak Kamel. Beliau tiba bersama Pengurus ASTRA Negeri Perlis 9W2KRE. Turut serta bersama-sama mereka ialah 9W2FZE- Abang Fauzi dan 9W2IKU- Abang Suhaimi.

Antara yang hadir dalam mesyuarat pada malam ini terdiri daripada 17 stesen iaitu SWAL- ZTB-Nizam, 9W2PTO-Zul, SWAL-SPG-Salim, 9W2MTO, 9W2LMZ, 9W2EZE, 9W2KBN, SWAL-BKC-Sany, 9W2DGW, 9W2MSD, 9W2SOB, 9W2PDR, 9W2BZI, 9W2SID, 9W2CTT, 9W2FZ dan 9W2DHL.


Ada sesuatu yang diperkatakan oleh 9W2AX kepada 9W2EZE..

sebelum mesyuarat dijalankan...








Abg. Pun 9W2LMZ mempengerusikan mesyuarat

9W2CTT di belakang 9W2SOB

Kehadiran rakan dari Perlis....9W2KRE dan 9W2FZE


9W2IKU

9W2DHL pula sampai...





Setelah tamat mesyuarat kami asyik mendengar cerita-cerita sejarah mengenai ASTRA daripada 9W2AX. Apapun terima kasih kepada semua rakan yang hadir malam ini.....73

Friday, June 18, 2010

Tango-Tango Bersama 9W2TKI - Dato' Zack (Tok Ki) dari Kuala Lumpur

Pada malam ini pula kami menerima tetamu dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11.45 malam 17 Jun 2010 bertempat di Pantai Jerejak. Rakan dari Kuala Lumpur yang dimaksudkan adalah 9W2TKI - Dato' Zack (Tok Ki) Pertemuan malam ini berbeza dari sebelum-sebelum ini kerana yang hadir bersama-sama 9W2TKI mempunyai 'callsign' sendiri. XYL beliau memegang 'callsign' 9W2EAN - Datin Batrisya manakala 'harmonic' beliau memegang 'callsign' 9W2RYO - Azwan.

* Minta maaf kerana tidak peka dengan status Dato' Zack atau Tok Ki yang mana kami hanya memanggil dengan To'ki hehehe...

Antara rakan lokalan Georgetown yang hadir pada malam ini ialah SWAL-SPG Abg Salim, SWAL-ZTB Abg Nizam dan saya 9W2BZI.

Kelihatan 9W2RYO, cucu kepada 9W2TKI, xyl beliau 9W2EAN dan SWAL-SPG





9W2RYO harmonic bongsu Abg. To'ki

Ini pula cucu beliau.....kecil-kecil lagi dah pandai hafal 'callsign'

9W2EAN...XYL kepada Abg To'ki

Inilah 9W2TKI...patutlah dia suruh bawa 'sunglasses'

Kelihatan SWAL-ZTB tiba sebaik sahaja habis 'saltmine'




Terima kasih Abang To'ki di atas kesudian ber'tango-tango' bersama kami pada malam ini. semoga kita dapat bertemu lagi di masa akan datang.......73

Thursday, June 17, 2010

Tango-Tango Bersama 9W2OCC- Abg Sham di 'Base Station' 9W2FZE di Perlis

Kesempatan berada di Lokalan Perlis semasa pulang ke rumah Oscar Tango baru-baru ini dapatlah juga bertemu rakan-rakan ham lokalan Perlis. Kebetulan pula rakan dari Taiping 9W2OCC baru keluar dari wilayah selatan HS9 maka satu perjumpaan telah diadakan di 'base' 9W2FZE- Abg Fauzi pada Hari Ahad 13 Jun 2010 jam 9.00 malam.

Antara rakan yang hadir terdiri daripada 9W2FZE-Abg Fauzi, 9W2KRE-Abg Kre, 9W2HZB-Abg Halim, 9W2TLT-Abg Nash, 9W2OTC-Cikgu Din, 9W2ZCO-Abg Zul, 9W2MPZ-Abg Mat dan saya 9W2BZI

Juadah yang dihidangkan oleh 9W2FZE dan dibawakan khas oleh 9W2KRE cukup menyelerakan iaitu ikan pekasam dari Empangan Timah Tasoh. Walaupun sudah kekenyangan kerana makan bihun sup bersama 9W2ZHL dan 9W2DPJ di Simpang Empat sebelum ke rumah Abang Fauzi tetapi dapat juga menghabiskan sepinggan nasi.

dari kiri...9W2HZB, 9W2FZE, 9W2OCC

9W2KRE bersama saya 9W2BZI


dari kiri...9W2BZI, 9W2OCC, 9W2KRE, 9W2TLT, 9W2FZE, 9W2OTC


Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir untuk meraikan 9W2OCC. Tuan rumah serta penyumbang ikan pekasam...terima kasih..ada masa ada kelapangan kalau buat kenduri panggil-panggillah lagi.......73