Semakan Keputusan Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010 (RAE2010-2)
Friday, July 30, 2010
Semakan Keputusan Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010 (RAE2010-2)
Rakan-rakan yang menduduki RAE siri 2 bolehlah menyemak keputusan pada pautan di bawah
Wednesday, July 28, 2010
Base Station-Asas tetapi Praktikal
Kiranya hobi ini merupakan hobi baru walaupun sebelum ini sudah mengenali radio amatur, namun tidak pernah ianya diambil berat untuk menyertai atau mendalami hobi ini. Namun demikian hobi ini mampu menyaingi hobi-hobi terdahulu. Setelah mula menyertai dunia radio amatur ini, sedikit demi sedikit peralatan dikumpulkan mengikut kemampuan. Beginilah rupanya 'base station' sekadar termampu diwujudkan, walaupun kelihatan terlalu asas namun ianya cukup praktikal dan mampu QSO bersama rakan-rakan di udara.

Sebelum ini RC helikopter pernah singgah di dalam kumpulan hobi pada masa senggang, namun hobi tersebut hanya hadir seketika sahaja. Hingga kini 'pesawat' yang baru dibeli masih tersimpan rapi tanpa melakukan penerbangan walaupun sekali. Pesawat Align Trex 450-pro masih tersimpan bersama radio control Futaba 2.4 Ghz. Mungkin ini merupakan isyarat awal untuk berada dalam dunia radio amatur kerana hobi RC juga menggunakan frekuensi radio. Mungkin juga akan datang pesawat ini diharapkan dapat terbang seiring dengan pesawat radio amatur.
Hingga bertemu lagi dalam siri hobi yang mengisi ruang senggang 9W2BZI........73

Sunday, July 25, 2010
Santai bersama 9W2DD
Pada 20 Julai 2010 yang lalu 9W2DD telah menjemput kami bersantai di halaman anjung rumah beliau. Nampak sederhana tetapi tetap santai bersama-sama rakan hingga ke lewat malam. Sambil-sambil mengunyah kacang goreng dapatlah juga berbual-bual bersama.
Antara yang hadir pada malam tersebut adalah 9W2PPG, 9W2ICQ, SWAL-SPG, SWAL-API, SWAL-XVX, 9W2BZI dan jiran-jiran 9W2DD
Sunday, July 18, 2010
Bertemu Wakil Bahagian Promosi Road Tour Hamfest Malaysia 2010
Dalam rangka road tour Hamfest Malaysia 2010 saya sempat berjumpa wakil mereka iaitu 9W2OOS dan 9W2GOD. Kami bertemu di Jalan Lim Khoon Huat berhampiran 'base station' 9W2DD. Mereka tiba di utara untuk menjemput 9M2FK- Pak Eshee ke Hamfest Malaysia 2010, walau bagaimanpun saya tidak sempat ke 'base' Pak Eshee kerana ada tugasan. Namun demikian 9W2DD bersama-sama group Hamfest Malaysia 2010 meneruskan perjalanan ke 'base' 9M2FK.
Selepas ini rakan dari Kuala Lumpur ini meneruskan road show mereka, manakala 9W2DD menghantar pulang 9M2FK ke 'base'nya.
Jasa dan pengorbanan serta pengalaman orang terdahulu harus dipuji dan diingati...tahniah kepada kedua-dua rakan ini kerana berjaya menjejak seorang lagi permata di dalam dunia ham ini.
Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur......73
Mesyuarat Post-Mortem Beach Eyeball Penang 2010-D'Kelantan
Pada 17 Julai 2010 telah diadakan mesyuarat post-mortem Beach Eyeball Penang 2010 di D'Kelantan dan dihadiri seramai 14 stesen iaitu 9W2EZE, 9W2LMZ, 9W2MDE, 9W2SID, 9W2MSD, 9W2FZ, 9W2FA, 9W2KBN, 9W2CTT, 9W2MYO, 9W2MTO, 9W2DGW, 9W2BZI dan SWAL-SPG.
Pelbagai agenda dibincangkan bagi menentukan kelebihan dan kekurangan dalam perancangan dan pelaksanaan Beach Eyeball Penang 2010.
Pelbagai agenda dibincangkan bagi menentukan kelebihan dan kekurangan dalam perancangan dan pelaksanaan Beach Eyeball Penang 2010.
Saturday, July 17, 2010
D.I.Y Power Supply untuk Mobile Rig
Tunjuk cara menggunakan kaedah D.I.Y menghasilkan power supply untuk mobile rig daripada power supply komputer. Proses ubah suai power supply ini ditunjukkan oleh 9W2EZE.
Langkah pertama adalah dengan mendapatkan power supply komputer di mana-mana kedai komputer yang mempunyai ampere sekurang-kurangnya 16A.
Langkah pertama adalah dengan mendapatkan power supply komputer di mana-mana kedai komputer yang mempunyai ampere sekurang-kurangnya 16A.
pilih berapa yang anda perlukan...yang lain potong...
#cadangan: 2 kuning (untuk rig), 1 merah (untuk kipas tambahan), dan 1 oren (untuk dummy lampu).....wayar hitam (Ground) perlu
Terima kasih sekali lagi 9W2EZE diatas tunjuk cara ini
Selamat Mencuba...
Tuesday, July 13, 2010
Beach Eyeball Penang 2010-Kategori Sumbangan
Disebalik kejayaan Program Beach Eyeball Penang 2010 sebenarnya terdapat sumbangan-sumbangan yang tidak ternilai daripada rakan-rakan di lokalan mahupun dari luar. Sumbangan yang berupa wang ringgit, barang-barang, makanan, pengangkutan, hadiah dan cenderamata, idea dan buah fikiran mahupun masa dan keringat atau peluh yang tumpah bagi menjayakan majlis ini.
Sekalung penghargaan, sejuta terima kasih dihulurkan kepada semua rakan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Beach Eyeball Penang 2010.
Subscribe to:
Posts (Atom)